Tujuan untuk ketemu Adi, sorang kenalan kami dari Medan yang kebetulan menetap di Batam. So, sambil tu nak jugak melihat-lihat suasana Ramadhan di negara orang dan mengambil kesempatan ini untuk berbuka posa bersama.
Aku lampirkan photo journal aku sewaktu di Batam...
----------------------------------------------------------------------------------
Keberangkatan dari Singapura
Venue : Harbour Front, Singapore
Time : 2.45 pm (local time)
Aku, Spidey, Dato' Razak dan Catwoman berlepas menaiki ferry dari Harbour Front, Singapura.
Passport aku kena tahan...cuak seyy!
Venue : Harbour Bay, Batu Ampat, Kota Batam
Harbour Bay, Batu AmpatGie Batam nak buat aper? Duduk dimana? Brpa lama di Batam..ciss..kan sumer dah tertulis dlm embarkation kad tuh..Bodoh seyy! Tak kenal huruf aper?? Ooooh...skola tak abes rupanya. Kesian....


Kami dalam teksi macam sardin dlm tin!
Venue : Sei Jodoh, Kota Batam
Time : 4.00pm (local time), 3.00pm WIB
Kami sampai ke satu tempat yg dinama kan Sei Jodoh di Kota Batam. Kalo korang nak tahu, nie ler yg aku maksudkan 'bertemu jodoh di Batam'....hahaha bukan jodoh yg kahwin-kahwin tuu..pwek!
Tapi kenapa ek nama tempat tu dinamakan Jodoh ek? Mungkin ramai yg cari jodoh kat situ eh?..hahaha...Lupa lak nak tanya Adi tempoh hari..


Yang aku heran, kedai makan kat situ dibuka seperti biasa. Malahan masih ader yg menjaja makanan di situ. Aku tanyer Adi, kenapa kedai makan tak tutup sempena bulan posa nie? Adi bilang, kat situ memang tiada larangan saper nak makan time bulan posa. Malahan ader kedai yg siap pasang langsir tutup supaya org ramai tak nampak saper yg makan kat dlm tuu..
Issh..aku kater, kalo kat Malaysia dah kena cekop dgn jabatan agama. Ramai-ramai naik lori gie balai..huhu..
"Ok, sorang seludup balik 10 packet belacan, boleh?"
Memang murah ler belacan kat situ. Lagi pon dia orang kater, belacan nie POWER giler. Tempat Singapore tak bole dapat belacan nie. Aku diam jek. No comment ler..
Nie lagi satu hal, lepas borong belacan, jeruk, they all nak borong ikan masin! Alaaa...hancus ler jalan dgn dia orang nie!! Sungguh tak glamer aku rasa. Bawak balik ikan masin naik ferry...huaarrhhh!!!!
Dato' Razak & isteri keriangan borong ikan masin.
Lepas tuu they all borong beli sayur lak! Makkooo....mcm takde sayur per kat negeri sendiri. Nie dah mcm pegi pasar nie...ishh..isshh..Part nie aku dah sedih, aku nak balik..
Lepas habis buat 'marketing', baru ler they all singgah kat shopping centre kat atas tu, Sunboss. Si Spidey cari sluar raya, Dato' Razak & Catwoman cari baju...dan aku beli kain pelikat!! hahahah!
Sambil jalan tu, aku ternampak ler muffin ader jual kat situ. Borong ler muffin nie utk juadah berbuka nanti..Isshh..seronok ler makan tempat camni. Mana aku nak cari lagi suasana macam nie kat S'pore tuh. Ader gerai satay, ikan bakar, gado-gado. Kalo aku gie tempat orang, tempat camni yg aku suka.
Spidey pilih ikan...hahahah! Dia kepingin nak makan ikan bakar!
Heh! Sempat amik gambar sebelom makan...




Nie ler makanan yg kiter order. Ermm...cara masakan lain sikit ler.




Majlis iftar telah selesai. Kiter nak acara penutop lak. Adi ajak gie A&W santap ice-cream and root beer floats.



Aku ambil kesempatan utk beri hadiah utk Spidey dan Dato' Razak sempena birthday mereka tempoh hari. Si Spidey dapat mainan Spiderman, Dato' Razak dapat mainan Bob The Builder. Hahahah!! Dah tua pon dapat mainan lagi ek??
Aku nak pekena teh tarik!
Venue : Harbour Bay Ferry Terminal, Batu Ampat
Time : 9.00pm (local time), 8.00pm WIB
Our ferry departure time to Spore @9.00pm WIB. So, kiter harus berada di sana abt 20mins before time.
Kami menaiki teksi menuju ke Batu Ampat, Ferry Terminal. Since ader waktu lagi, kita dok ler pekena teh tarik kat warong makan di ferry terminal tu.


















Exterior of Food Republic at 3rd level







