Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Sunday, November 25, 2007

Cerpen : "Beliau yang ku panggil ibu" - Part 1

Al-kisah, dahulu ada seorang ibu, yg bernama Milah (bukan nama sebenar). Beliau mempunyai ramai anak. Suami Milah telah lama menghilangkan diri. Dengar khabar, suaminya telah lari ikut pompan Batam :(

Oleh kerana dengan kesempitan hidupnya sebagai ibu tunggal, Milah tidak mampu untuk meyara kesemua 7 orang anaknya.

Milah mempunyai seorang teman baik yang bernama Salmah (bukan nama sebenar). Salmah mengenali Milah sejak dari kecil lagi. Salmah amat prihatin dengan kesengsaraan hidup yg dilalui oleh Milah. Oleh itu, Salmah cuba menghulurkan bantuan untuknya.

Beliau menemui Milah, dan berhasrat untuk mengambil dan membela salah seorang anak Milah demi utk meringankan beban beliau.

Salmah : Kalau kau sudi, aku rela menjaga dan membela salah seorang anak mu utk dijadikan anak angkat ku.

Milah : Tapi, tidak kah aku akan membebankan diri kau pula, Salmah?

Salmah : Ah, aku dan kau bukan orang lain, Milah. Bahkan, kita dah mengaku saudara sejak dari dahulu lagi. Apakah erti persahabatan ini, jika aku tidak dapat membantu meringankan derita kau?

Setelah berfikir panjang, Milah akhirnya bersetuju utk menyerahkan anak bongsu beliau, Putri Balqis, seorang bayi perempuan yg baru berusia 3 bulan ketika itu, kepada Salmah.

Salmah : Milah, kau jgn khuatir. Aku berjanji utk membela anak ini seperti anak aku sendiri. Aku tidak akan mengabaikan masa depan dia dan akan memdidik dia hingga menjadi seorang insan yg berguna.

Milah : Tapi Salmah, walau apa pun terjadi, anak ini tetap darah daging aku. Apabila dia besar kelak, kau harus memberitahu kisah yg sebenar. Kau harus membeitahu dia yg aku ini ibu kandungnya.

Salmah : (Sambil mendukung bayi perempuan itu) Kau jgn risau Milah. Aku akan ceritakan hal yg sebenar apabila bayi ini besar nanti. Aku berjanji akan memberi kasih sayang yg secukupnya.

Bertahun telah berlalu, akhirnya Putri Balqis meningkat dewasa dan menjadi seorang gadis yg jelita dan seorang insan yg berjaya. Terbukti Salmah tidak mensia-siakan janji yg telah dikatakan pada Milah dahulu.

Pada suatu hari, Milah datang bertemu Salmah dirumahnya. Beliau mencurahkan hasratnya utk mengambil semula anak gadisnya itu. Oleh kerana sayangnya Salmah pada anak gadis itu, beliau tidak mengizinkan Milah utk mengambilnya semula.

Milah terasa amat kecewa. Beliau merasakan persahabatan dan janji mereka itu telah dikhianati.
Salmah : Bukankah aku telah memelihara anak ini sejak dari kecil lagi? Malahan aku telah mencurahkan segala kasih sayang aku kepadanya. Aku telah bersusah payah mendidik dia dan mengorbankan jiwa raga ku ini utk membesarkan dia. Kini kau dtg utk merampas dia kembali??

Milah : Walauapa pun alasan kau Salmah, dia tetap anak kandung ku! (Milah menangis terisak-isak). Kao tidak berhak memutuskan pertalian darah antara aku dan dia. Aku ibu kandung yg melahirkan dia ke dunia ini, Salmah. Dia tetap anak aku!

Milah terus mempertahankan hak demi utk mengambil anak dia kembali.

Salmah : Tidak Milah! Aku akur dgn janji kita dahulu. Aku tidak pernah sembunyikan perkara ini daripada dia. Dia tahu, kau adalah ibu kandungnya. Bukankah kau yg mengizinkan aku utk membela dan menjaga dia? Kini, setelah dia dewasa dan berjaya dlm hidup, kau dtg utk merampas dia kembali??

Milah : Kau silap Salmah. Aku memberi izin utk menjaga anak itu, tetapi bukan utk selamanya, Salmah. Dia tetap anak aku!

Salmah : Aku sudah tua, Milah. Aku tidak mempunyai siapa lagi dalam hidup ku ini, selain dari anak itu. Dia lah harapan aku kini. Dia lah yg aku harapkan utk menjaga aku apabila sakit tua kelak. Dia lah segala-galanya bagi diriku. Kau tidak simpati keatas diri sahabat karib kau ini, Milah??

Dari hari itu, tengkarah ini berterusan tanpa penghujung. Masing-masing tidak mahu berserah kalah dan terus memperjuangkan hak masing-masing. Kini, anak gadis itu dalam kebingungan. Bingung kerana perebutan diantara Milah, ibu kandung beliau dan Salmah, ibu yg telah membesarkan beliau dgn penuh kasih sayang.

Akhirnya, perkara ini dibawa ke muka pengadilan mahkahmah demi utk mencari jalan penyelesaian yg tiada penghujungnya.

Kepada pembaca-pembaca cerpen ini, siapakah yg sepatutnya mendapat hak penjagaan anak gadis itu seterusnya? Si Milah ataupun si Salmah?

Keputusan muktamad mahkamah akan didengar pada May 2008 kelak. Nantikan sambungan cerpen, "Beliau yg ku panggil ibu- Part 2" pada tahun hadapan.

Akan tetapi, anda mungkin telah tahu apa akan kesudahan cerita ini....

ps: Oh, aku lupa nak beritahu nama anak gadis ibu itu. Nama sebenar Putri Balqis adalah - Pedra Branca. hehehe!!..Sama tak jalan cerita dia? *hint*hint*

Monday, July 23, 2007

Suatu cerita yang mengerikan...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasarsaya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit, “Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.
Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telahbertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

(Karangan ini hasil nukilan murid darjah 4. Harap jangan ketawa.)