Wednesday, October 31, 2007

Allo' London...this is nighthawk, over!

Booth from London


The Superfrenz gathered again.

Kita dok lepak kat 'port' biasa. Spidey baru jek pulang dari London. Dia sihat seperti biasa, cuma lidah jer kelu susah nak cakap bahasa melayu, kata dia...(nyampah!)

Orang London sumer baik belaka. Queen Elizabeth pon ader kirim salam jugak kat korang. Dia ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...wahahahaha!

Like always, kiter pekena teh tarik, nasi lemak, pisang 'bhai' and roti 'kahwin'. Sambil menjamu selera menu bhai, Spidey dok jadi tok selampit menceritakan pengalaman 'beraya' di kota London.

"Cuaca sejukk...5 degrees celcius. Nak mandi pon takot!" ngaku si Spidey. Anyway, he said the study trip was fun. Yes, I can see that, sampai penat aku tengok gambar2 dia kat London and Nottingham...200++ pieces of it, altogether! Kalahkan orang gie honeymoon...

Next week, Dato' Razak & wife flying off to Turkey lak..ermm..2nd honeymoon lerr..hehehe!
So, biler aku nyer turn lak, ek?

Hmm..soon...very soon...i think. :(

Thursday, October 25, 2007

Ketupat, lemang menjadi hidangan...

Eh?..esok dah raya?!

Nie ler pintu pagar depan kampong aku

Tahun nie aku pulang beraya ke Melaka untuk bersama-sma dgn keluarga dan sanak sedare ku yg tersayang. Tu time ler kampong aku jadi kecoh...ayam, itik, kucing, biawak, ulor, rimau, berok, lembu, kerbau, bertempiaran lari sembunyikan diri..hahaha!

Aku tiba di Alor Gajah pada malam raya tersebut. Leburaya ok, tak sesak...Kehadiran kami disambut dengan dentuman mercun rocket dari umah jiran, dan percikan bunga api kat langit. Keadan sungguh hura-hara malam tu, mcm perang dunia siot! Berdesing telinga aku dibuatnyer....


Pagi Raya di Masjid Jamek, Alor Gajah Melaka.

Pagi Raya tu, aku gie solat sunat Aidilfitri pat Masjid Jamek, Alor Gajah, Melaka. Ramai jugak orang ler...anak dara pon ramai...hehehe! (oopss!)
Saat yg gembira...
Seperti kaum keluarga yg lelain, lepas solat, kami pon pulang ke rumah utk menjamu selera lauk pauk Hari Raya yg telah terhidang diatas meja...Apalagi ler, dok melantak lauk pauk tu mcm takde hari esok lagi...wahahaha!
Saat yg sedih....
Ahh..nie ler time paling aku tak suka..Nak dok sujud mintak ampon maaf..alaaaa...nie yg maleh nie...uhuk...uhuk...
Confirm mesti ramai nangis nyer lerr...Belom bukak mulot, air mata dah mencurah-curah macam air ujan..hahaha. Aku namakan sesi "Saper meraung paling kuat". Issshh..mesti banyak dosa nie....kan?...kan?...kan?...hehehe..jgn nak tipu ler...
Saat paling bahagia...
Tapi saat yg paling bahagia, apabila aku dapat bersua dgn sumer keluarga ku yg dah lama ku tak jumpa. Yg dari jauh di rantauan, pon pulang ke desa...ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira...cak pong..cak pong...ewaah! (Eh...lalot lak aku nie)

Yg dulu kecik, skarang dah jadi besar. Yg dulu single-mingle, skrang dah jadi tunang org ...Yg dulu pengantin baru, skrg anak dah berderet mcm keterapi....Hmm...perubahan masa begitu pantas hingga tidak sempat ku menikmati ketika ia berlalu...huhu
Gelagat anak-anak buah ku ketika itu, cukup memberi kenikmatan walaupon ianya hanya sementara.

Walopon takde gigi, senyuman opah ku tetap nampak manis....peewwiiiitt!!

Yg penting, kami sumer sihat dan bersyukur diberi nikmat kesihatan yg sempurna buat masa ini. Bila lagi aku nak rasakan suasana mcm nie kalo tak balik kampong, ek?

Tapi masa yg paling stressing skali kalo kat kampong tu biler time nak tido lerr..hahaha! Berebut, bantal, gebor, selimut, tilam...isshh..

Ader jugak yg rebut 'spot' utk tido..Nak yg bawah kipas ler...nak tido atas sofa ler..kalo nasib tak baik tuu, kena tido kat dapur...hahahaha!! Rasa kao tido ngan 'mak menti'...kahahahaha!

(Minta maaf aku tak tergamak nak siarkan gambar2 time kiter tido tuu...sungguh mengharukan ..hahaha..Ko orang bayang kan ler sendiri..)

Oleh kerana bilik2 sumer telah dijajah oleh penghuni yg tak berdaftar, maka beg-beg kami terpakasa dihumban kat balcony luar tuu...adusss...! (Nak amik sluar dalam pon segan ler takot org nampak..ahahaha!)

Makcik aku suruh aku design buat 'outhouse' kat tanah depan tuu. So, tahun depan raya, tak yah rebut2 bilik lagi.

"Bole makcik, professional fees saya RM300,000.00 jek, setuju?...Hahahhaa!" - Dia kejar aku ngan parang!

Cuba carik, mana satu beg aku...?

Aku lampirkan snapshots hari raya ku di kampong. Ader lagi gambar yg aku blom terima dari sepupu-sepupuku. Gambar2 nie yg aku sempat amik dari camera aku sendiri...

Hara Raya snapshots...

Malam Raya pertama

Raya pertama tu aku gi beraya kerumah sebelah abah aku yg di Muar dan Tangkak. Hujan ribot ler petang tuu..Aku takut sungai Muar naik air jek. Aku bawak keter nie, bukan bawak bot..huhu!

Kami pulang ke Melaka kol 11 mlm. Makkoo...letih siot! Dah ler jalan kat Muar jam, sesat lak tu. Ikut jembatan baru ler...kluar parit bunga ler...cari JPJ Muar ler, nanti jumpa Sungai Abong lerr...Tak leh pakai GPS ek?

Dah ler penat, skali si makcik2 sporting aku tu, ajak gie lepaks kat Highway Ayer Keroh pekena teh tarik!..Baru jek aku nak mandi, dah kena usung gie Ayer Keroh lak..arrgghhhhh..




Malam Raya Pertama : Kita gie rilex kat Jejatas Highway Ayer Keroh, Melaka. Pekena roti bakar, telur dan teh tarik...yesss!!

Bila kat sampai sana, aku lak yg tak nak balik, pasal nak tengok tv kat highway ader bola...England lwn Estonia 'LIVE'. England menang 3-0. Malam tu, kami pulang ke rumah kol 2 pagi..Aku kena tido tepi pintu pasal kalah betting bola...takpe bro, nanti wa returnz!

Chendol GEREKZ!

Aku pernah bilang korang pasal Chendol kat Melaka tu. Tahun nie, aku ziarah mamak chendol tu lagi. Chendol dia 'POWER GEDEMAK', bro! Santan dia...ummppphh..lemak manis, disukai ramai..

Tiap2 kali aku balik kampong aku MUSTI beli chendol dia..Aku recommend ler kat korang. Kalo singgah ke Alor Gajah, jgn lupa rasa sejenak chendol nie..





Chendol POWER!! - Kat roundabout Alor Gajah

Lokasi dia betol2 depan Muzium Adat Istiadat Melaka. Yg ader keris besau tuu. Mamak tu selalu park 'keter chendol' dia kat parking lot paling corner..Jgn, takut. Meja, kerusi juga disediakan jika anda mahu menjamu selera disitu at no extra charge! AMAAKKK!

Siapa lebih degil? Lembu ke manusia?

Pada Hari Raya kedua, aku dok ler sembang ramai-ramai kat berandah tu sambil menunggu tetamu-tetamu 'kecil' dari merata kampong datang collection duit raya..huhuu..

Sambil dok dan membakar tembakau jawa, aku terdengar suara kecil berteriak..

"Kiri...kiri..Husin, kiri Husin...kiriii....!!" dia pekik. Ketika itu baru ler aku nampak lembu-lembu buat 'catwalk' depan kampong aku...

Lembu-lembu pon berhari raya...yay!!!

Hahaha...aku yg gayat! Kesukaan aku tengok lembu. Selama nie aku nampak lembu kat pasar ajer..tu pon tinggal kaki lembu jer yg tergantung...

Makcik aku kata, "Husin tu nama sekor lembu tuh..Kalo tuan dia panggil, dia dengor kato. Kalo tuan dia suroh balik, dia balik. Kalo tuan dia suroh belok kiri, lembu tu belok kiri..."

Ooooohhh..oh iyo ko?...mulai dari saat tu, kata seumpamaan "Degil macam lembu" dah tak relevant lagi..Aku rasa manusia yg lebih degil dahh...

Si gembala yg kecil...

Aku pon tanyer, "saper budak kecik kat belakang tu?"

"Itu ler si gembala lembu tuu..." balas makcik aku.....

Tergamam aku dibuat nyer. Fuhhh...terror ler budak kecik tu. Aku salute sama dia!

Sampai dipenghujung...

Nie ler yg sedih...akhirnya, raya dikampong dah sampai ke penghujungnya. Alaa...maleh nak balik nie..Dah syiok makan tido kat kat kampong nie..

Pada Hari Raya keempat, aku mula beredar pulang ke Johor. Cuaca tidak begitu baik, dan jalanraya agak licin. Kenderaan banyak skali. Heavy traffic lerr at that moment. Sumer laluan ke lebuhraya sesak.

Hujan lebat kat highway

Oleh kerana R&R Machap under renovation, aku singgah ler kat R&R Pagoh. Ingat nak melantak Burger Ramlee...skali orang punye ler ramai dahhh..Aku putus kan ler niat aku tuu. Aku beli teh tarik bungkus jerr..

Stop over kat R&R Pagoh. Orang ramai gie raya ke nie?


R&R Highway Pagoh

Lepas rehat 20min, aku terus kan perjalanan pulang ke Johor Bahru. Esoknya baru aku balik ke Singapore.

Serangkap Pantun Kenangan

Aidilfitri di kampong telah ku tinggalkan
Bermacam gelagat dengan seribu kenangan
Hanya ku pohon dan berdoa supaya diizinkan
Bertemu kami lagi ditahun hadapan...

Kepada semua keluarga-keluarga ku, disini aku memohon maaf sekali lagi, jika ader kekasaran bahasa, tersilap laku ku hingga mengguriskan jiwa. Halalkan segala termakan dan terminum ku jika ada dan ampunkanlah segala dosa-dosa ku yg telah ku lakukan sama ada dgn secara sedar atau tidak. Semoga kita bersua suatu hari lagi..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

ps: Ok sumer, aku kat opis nie...nak celah dulu. Ader org nak dtg umah ler..

Wednesday, October 24, 2007

Thank you for making me feel special..but i don't think I am.

"Ur special.seri0usly."

The text message appeared...and I'm dumbfounded.

Amazingly, I didn't expect that compliment at all. I don't fit the bill, seriously. Am I that special? Why am I so special?

I have to admit that, this is not the first time happening. I am completely puzzled over things that had turned out. I was hoping for a blissful and sincere friend relationship with women I got to know, but sometimes circumstances changed the whole scenario.

Have I been too nice, too sweet, too accommodating that I had advertently giving everyone a wrong impression? If that's the case, then ladies, I am deeply sorry to have caused the stir. I don't want to be accused of giving false hope.

I do not want to hurt you, nor do I want to hurt the friendship. But, we have to set our emotional boundaries straight.

Why it always landed like this with the opposite gender I met?

I don't mean any harm, but yet, why must they harm themselves?

Human emotions are very complicated, I concur. It double the takes when you are not only dealing with your own emotion, but also others.

ps: I shall forget the things you've said just now and I am sorry if I have hurt your feelings. Whatever it is, I am still here to be your friend.

Tuesday, October 23, 2007

Farewell to a GREAT guy!


Today we gave a farewell lunch treat for Idris, the IT geek! And oh, you really can eat, huh?!


Thanks to Datin Ruby aka Wonder Woman for arranging the meeting and proposing the makan place. We went to Magic Wok and I had to apologise for turning up late...huhu..


Too bad, the rest of the buddies weren't available, but yet, lunch-ing in a smaller group are far more better, I think. :P

Looking at the menu, Nasi Goreng Belacan was all I can think at that moment. Idris had Pineapple Rice, while the ladies indulged themselves with fried prawns, tomyam, bla-bla-bla...ooooooohhh!



My Nasi Goreng Belacan



Idris grubbing his Pineapple Rice

Queen Amidala & Wonder Woman with the seafood spread..



Partners in crime?

Thank you Idris, for being....

  • there when I need you
  • being my t-break partner (when i'm alone)
  • offering me your cigarettes (when I have none)
  • trouble shooting my computers (when i'm IT dumbed)
  • for the lunch dates we had (when no one wants to date me out..huhu)
  • for staying up late nights and doing the guitar chords
  • the jamming sessions we had (when you have exam papers to sit!)
So, to my dear Idris, wish you all the best in your new career move and congrats for finally passing the exams and obtaining a stunning double-degree qualifications that you have always wanted.

I really envy your determination. Farewell, lad.

ps: This the guy who carried his army dog-tag into the examination room, coz he lost his IC. I don't think that was very smart...HAHA! (Refer to this post)

Sunday, October 21, 2007

Diari Syawal


Ramadhan telah berlalu pergi
Kini Syawal datang menjelma
Semoga kita terus diberkati
Dan diri kembali fitrah....Amin

Minal Aidil Wal Faizin


Akan ku lampirkan kenangan ku berhari raya di dalam cetusan blog ku yg akan datang. Buat masa ini, kegiatan ku kembali sibuk seperti biasa. Walau bagaimanapun, sambutan dan kunjungan hari raya tetap ku teruskan.

Salam Syawal dari ku.

Saturday, October 20, 2007

Petikan dari akhbar

Excerpt from the papers today, has pointed out that the US is not compromising with Iran on its nuclear programme. So much, it is brimming the world into a state of war which will further tension the world economic stability. Looking at the latest figure of oil price soaring high and a weaker greenbacks, I think, the next few months the world will be contemplating its future.

Unless, the US plays down it's skeptical on Iran and focus more at stabilizing its economy and their credit woes, countries may have time to plan contigencies, if, the after effect is not getting any better.

---------------------------------------------------------------------------------------

'World War' if Iran has nuclear weapons: Bush

Todayonline, 19 COtober 2007, Friday
http://www.todayonline.com/articles/217472.asp

WASHINGTON — President George W Bush yesterday warned that Iran must be barred from nuclear weapons to avoid the prospect of "World War III".

He intervened hours after Russian President Vladimir Putin made a new proposal to end the nuclear crisis as he met Iranian President Mahmoud Ahmadinejad for landmark talks in Tehran, Iranian officials said, giving no further details on the proposal.

Mr Bush upped United States rhetoric at a White House news conference, warning that the world must do more to isolate the Islamic republic.

"We've got a leader in Iran who has announced that he wants to destroy Israel," Mr Bush said.

"So I've told people that, if you're interested in avoiding World War III, it seems like you ought to be interested in preventing them from having the knowledge necessary to make a nuclear weapon."

Iran yesterday shrugged off Mr Bush's remarks.

"These declarations show the anger of the United States against the success of Iran on the international stage," said Mr Abdol Reza Rahmani Fazli, the deputy head of Iran's supreme national security council.

"The statements by the American president, who claims that Iran is seeking to make an atomic bomb, are part of a psychological war."

Iran insists it only wants to generate electricity using nuclear power, and has refused to budge on its right to the full nuclear fuel cycle. — AFP

Oil prices hit record high $90.07

AFP - Saturday, October 20
http://sg.news.yahoo.com/afp/20071019/tts-commodities-energy-oil-price-c1b2fc3.html?printer=1

LONDON (AFP) - - Oil prices soared to another record high above 90 dollars per barrel amid global supply jitters and tensions between Turkey and crude producer Iraq, dealers said Friday.

New York's main futures contract, light sweet crude for delivery in November, touched 90.07 dollars per barrel in early afternoon deals. That beat the previous high of 90.02 dollars set late on Thursday.

London's Brent North Sea crude for December delivery was flat at 84.60 dollars after hitting a record 84.88 dollars on Thursday.

"Persistent geopolitical fears provide good support to oil prices," said analyst Andrey Kryuchenkov at the Sucden brokerage in London.

This week, crude prices have blazed a record-breaking trail as Turkey has moved closer towards a military incursion into northern Iraq -- where many of the troubled country's largest oil fields are based.

Iraq's Kurds vowed on Friday to fight off any attack on their region as pressure mounted in Baghdad and Washington for action against Kurdish rebels to stave off a potential Turkish incursion.

The market was also fretting over the falling US dollar. A weak greenback makes commodities priced in the US unit cheaper for buyers using stronger currencies and therefore boosts crude demand, analysts say.

In Friday morning trade, the European single currency hit a fresh record high at 1.4319 dollars.

Prices were "still underpinned by a weakening dollar and tight fuel supplies ahead of the winter heating season," added Kryuchenkov.

Demand for heating fuel hits a peak during the northern hemisphere winter and supplies are widely expected to tighten.

Turkey has said it will pursue diplomacy to defuse the crisis over Kurdish rebels in northern Iraq while Baghdad has tried to dissuade its northern neighbour from possible military action.

The Turkish parliament Wednesday approved a motion authorising military strikes against the Kurdistan Workers' Party (PKK), which is accused of using bases in northern Iraq for attacks on targets across the border in Turkey.

Tetsu Emori, a fund manager at Astmax in Tokyo, said a portion of Iraqi crude from its northern oilfields is exported from Turkey because it is easier to do so.

"This is why traders are looking closely at the situation along the border, Emori said.

"There are some Iraqi exports waiting to be transported but that could not (be) because of the tension. That's the main factor."


--------------------------------------------------------------
Emphasizing more on the same issue, Datuk Seri Anwar Ibrahim, of Malaysia, has prompted in his blog, that if the US were to start an aggression against Iran, the consequences will be more severe than it was against Iraq.
Personally, I too, shared the same frame of reference. Judging to what it has developed right now, I think, the world has seen enough.
I hope for world peace.

---------------------------------------------------------------------

Amerika dan Iran
15 Oct 07
http://anwaribrahimblog.com/2007/10/15/amerika-dan-iran/


Seorang rakan menanyakan samada saya menjangka Amerika akan menyerang Iran. Saya lantas menjawab berdasarkan pertimbangan akal secara rasional bahawa ini agak mustahil. Namun saya menempelak bahawa pertimbangan rasional bukan menjadi pertimbangan Amerika khususnya pentadbiran Presiden Bush. Perhatikan saja dasar Amerika di Palestin, serangan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq.

Jadi apa kesannya nanti? Saya menyampuk, Amerika akan mengalami kesengsaraan maha perit dan umat Islam dunia dan saya yakin masyarakat manusia umumnya akan secara keras menempelak keganasan Amerika. Timur tengah akan mengalami bencana besar!

Kita mendoakan agar malapetaka seperti itu dapat dielak dan keangkuhan kuasa Amerika dibantah!

ANWAR IBRAHIM

---------------------------------------------------------------------------

My comments on his blog on 18 Oct 2007.

Jika berlaku peperangan diantara Amerika dan Iran, saya rasa ia tidak semudah menumbangkan kerajaan Sadaam sewaktu peperang di Iraq. Jika dikaji dari segi sejarah, Amerika sememangnya tahu kelemahan dan kekuatan Iraq, kerana Amerika sejak dari dahulu lagi yang membantu Iraq ketika peperangan diantara Iran-Iraq pada tahun-tahun 80an. Berlainan pula dgn Iran, dimana Russia (bekas Soviet Union) yg lebih membantu Iran ketika itu.

Ianya lebih merumitkan, jika taktik peperangan yg sama digunakan Amerika utk menentang Iran. Dengan tiada sokongon dari Russia dan beberapa kelompok negara Timur Tengah, laluan Amerika tidak semudah dan akan menerima lebih banyak padah dari yg sekarang. Malahan, dunia kini lebih sedar akan kegagalan Amerika dan sekutu-sekutunya di Iraq dan akan lebih berwaspada utk menyokong kekerasan keatas Iran.

Buat masa ini, Amerika hanya dapat memomok-momokkan dan menakut-nakutkan dunia (to instill fear) akan kewujudan Iran dan bahayanya jika ia dibiarkan menjadi kuasa nuklear di Timur Tengah, selepas Israel.

mohdzuraini

Friday, October 19, 2007

Selamat Jalan, Spidey

Selamat Jalan kepada sahabat kami, Spidey, yang akan berangkat ke London esok. Wish you all the best for the exam dan Selamat Berhari Raya dirantauan...huhu.


From the Superfrenz.



ps: Aku sedih ler belom sempat gie hari raya kat umah dia makan kueh. Anw, jgn lupa bawak skali ketupat, serunding, nasi empit pack masok dlm luggage tuu. Kat London takde jual ek..

Thursday, October 11, 2007

Ucapan Salam Lebaran

Kepada semua pembaca blog ku ini,


-0-0-0-0-0-0-0-0-

Ku mohon ribuan kemaafan di hari yg mulia ini diatas kesilapan ku
Tutur bicara ku ketika mengendalikan ruangan blog ini
Semoga kita semua diberkati oleh Nya
Diberi syafa'at dan akan berkesempatan
Bertemu Ramadhan mulia yang akan datang, Insya-Allah
Semoga berbahagia di Hari Lebaran ini

-0-0-0-0-0-0-0-0-

Dengan ingatan tulus ikhlas
Maaf Zahir dan Batin
Wassalam.
Mohd Zuraini Abd Hamid



Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid


ps : Ruangan blog ini akan ku rehatkan buat sementara sempena Aidilfitri. Aku nak balik kampong cuti raya...kat kampong takde internet connection, takde Wi-Fi.....anw, aku mungkin sibuk main mercun, kacao dodol, memperhabiskan ketupat rendang, gie collection duit raya, so takde masa aku nak blog...heheheh

Lagu raya nie ditujukan untuk semua Muslimin dan Muslimat, tak kira jauh atau dekat, yg mengenali diriku atau tidak. Dengan ucapan, pandu cermat, jiwa selamat...ingatilah orang yg tersayang..Selamat Hari Raya!

Tuesday, October 9, 2007

Bila tiba Hari Raya...

Hmm...mcm dah bau kuih raya nie...*burp*

Apa benda yang aku suka kalo time hari raya?



Aku suka makan rendang, ketupat, lemang, serunding, sambal udang cili padi,..alalalalaa...tak sabor rasa nyer menunggu nie.

Lagi satu is, aku suka kopi kampong!...hahahah...kopi kampong BEST! Aku bukan penggemar kopi sebenarnya, but kalo kat kampong, kopi hitam ler yg aku cari....Perrrgghh!

Kopi kampong, kopi KAW!...heheheh

Skrg nie aku tgh sibuk clear kan sumer outstanding project. Selalunyer, seminggu sblm raya aku dah free up sikit. but this year, project makin bertambah lak.

Makin nak raya nie, makin banyak kejer rushing. Sumer nyer dtg last minute.Isshh...ader 2-3 project baru yg aku on hold. Lepas raya nie, start busy balik lerr.

Khamis nie aku nyer official cut-off date. Aku dah nak mula tutup kedai sempena cuti raya utk seminggu nie. Aku dah plan nak balik raya ke kampong halaman....wooohooo...balik kampong....oooh ooohh..balik kampong ...hati girang...lalalalalala...

Berangkat pulang ke Johor pada Khamis mlm. Mlm raya lak nak balik ke Melaka. Mintak2 ler highway tak jam mlm tu. Tapi selalu nyer tak ler.


Yg best nyer kalo mlm raya kat kampong, kiter bole main mercun! woohoooo...SERONOKKK!!! Sebab tu kalo ader fireworks display kat sini, aku tak heran sangat. Pasal kat kampong, aku bole main sepuas hati aku...hahahah! Lagi lewat malam, lagi hebat ler bunyi mercun berdentum!...POM!...POM!...POM! Kekadang sampai ke pukol 4 pagi aku tak tido..hehehe! Kalo tak cukup jugak, besok mlm kiter orang sambung lagi..

Tiap-tiap tahun, mcm nie ler jadual raya aku. Balik Tangkak, Muar, Bukit Gambir, Alor Gajah...hmm..maybe kalo ader masa aku nak singgah bandar Tampin kejap ler. Kalo dah sampai Tampin tu..heheh..nampaknya, singgah KL skali ler.

Selalunyer, first week raya kami akan beraya ke rumah sanak-sedare yg jauh-jauh dulu. Lepas tu baru pegi yg dekat2. Kalo masok minggu ketiga sampai keempat, baru ler ziarah umah sahabat handai..Kalo nak dikirakan, sebulan pon tak cukop, brader.

Tu blom umah sedare-mare yg kat S'pore tuhh..ishh..blom raya dah terasa penat nyer nie. Walauapa pon, perancangan kiter mesti ader. Kalo tak, sumer bole jadi kacao bilau. Yg dirancang tak menjadi, yg dijanji tak terpegi...hehehe (peribahasa aper seyy nie aku pakai?)

Oh ya, aku blom cari songkok lagi nie. Songkok raya aku hilang kat kampong last year...hmm...nak gie cari songkok ler besok. Takkan raya nak pakai tanjak ek? kalo pakai tanjak, nak kena pakai keris..hahaha! Mana ader orang jalan raya bawak keris dahh..?

Ok lah, sempena nak semarak kan suasana raya nie, aku share ler ngan korang lagu nostalgic nie...semoga terhibur, dan selamat menjalani ibadah posa...dan selamat balik kampong (pada yg ader kampong jerr...kalo yg takde kampong, jom ikot aku balik kampong. Tapi kena tahan nyamuk, ok!)

Balik kampung - Sudirman

ps: Tahun nie opah aku buat dodol tak?

Monday, October 8, 2007

Melencong ke Batam...

Tanggal 28 Sept aku berlayar ke Kota Batam, Indonesia dari Singapura. Dah lama betol tak kesana. Kalo nak dikira, ada ler nak dekat 10 tahun yang lepas...

Tujuan untuk ketemu Adi, sorang kenalan kami dari Medan yang kebetulan menetap di Batam. So, sambil tu nak jugak melihat-lihat suasana Ramadhan di negara orang dan mengambil kesempatan ini untuk berbuka posa bersama.

Aku lampirkan photo journal aku sewaktu di Batam...


----------------------------------------------------------------------------------

Keberangkatan dari Singapura

Venue : Harbour Front, Singapore
Time : 2.45 pm (local time)


Aku, Spidey, Dato' Razak dan Catwoman berlepas menaiki ferry dari Harbour Front, Singapura.
Boarding Pass aku..




Aku & Spidey semasa dlm ferry menuju ke Batam

Perjalanan dari Singapura ke Batam mengambil masa 45min ajer. Semasa dlm ferry tu tidor jer lerr..

Ferry tiba di Batam

Tepat 45min kemudian, kami tiba di Batam dengan selamat.


Passport aku kena tahan...cuak seyy!

Venue : Harbour Bay, Batu Ampat, Kota Batam
Time : 3.30pm (local time) , 2.30pm (WIB)



Harbour Bay, Batu Ampat

Ketika di counter immigrasi, passport aku lak kena tahan tak bole lepas kluar..hahaha! Cuak kejap! Pegawai immigrasi tu tanyer soklan merepek kat aku.

Gie Batam nak buat aper? Duduk dimana? Brpa lama di Batam..ciss..kan sumer dah tertulis dlm embarkation kad tuh..Bodoh seyy! Tak kenal huruf aper?? Ooooh...skola tak abes rupanya. Kesian....
Spidey dah gelak kan aku kat luar counter tuh.
"Sudah lah, aku rasa kao dok jer terus kat Batam. Tak yah balik Spore." Ciss..aku ader ler cuak nak menangis kat sini, sempat lak nak sakat aku.
Rupa nyer system computer mereka rosak. So, nama aku tak der dlm senarai..anyway, terpakasa lah dia pakai kawan sebelah dia nyer pc. Beberapa minit kemudian, passport ku dikembalikan...yeeehooo!
Adi dah tercongok kat luar arrival hall menunggu ketibaan kami. Muka happy jer sumer dah selamat sampai. We exchanged greeetings and Adi brought us jalan-jalan sekitar pekan kat situ.

Kami 5 orang disumbatkan dlm satu teksi. (Mcm sardin siak!)




Kami dalam teksi macam sardin dlm tin!



Aku bertemu 'Jodoh' di Batam

Venue : Sei Jodoh, Kota Batam
Time : 4.00pm (local time), 3.00pm WIB

Kami sampai ke satu tempat yg dinama kan Sei Jodoh di Kota Batam. Kalo korang nak tahu, nie ler yg aku maksudkan 'bertemu jodoh di Batam'....hahaha bukan jodoh yg kahwin-kahwin tuu..pwek!

Tapi kenapa ek nama tempat tu dinamakan Jodoh ek? Mungkin ramai yg cari jodoh kat situ eh?..hahaha...Lupa lak nak tanya Adi tempoh hari..

Masjid Besar Sei Jodoh, Kota Batam

Kita pon merayau-rayau ler keliling pekan Jodoh tu. Aku tengok suasana tempat tu mcm kat Ayer Hitam or kat Pontian di Johor. Kalo di kaji dari rekabentuk bangunan2 di situ, kebanyakan nyer dibina pada tahun 60an-70an.

Pekan Jodoh petang tu agak lengang. Tak semeriah yg aku jangkakan. Ader ler kami tercari-cari bazaar ramadhan ke, bazaar hari raya ke, tapi tak jumpa. Hampa lah.


Kami singgah ler gerai buah-buahan di situ. Si SPidey sibuk nak beli jeruk...Jeruk?? Gie Batam beli jeruk?...ooohh tidak! Buang karen brader!

Yang aku heran, kedai makan kat situ dibuka seperti biasa. Malahan masih ader yg menjaja makanan di situ. Aku tanyer Adi, kenapa kedai makan tak tutup sempena bulan posa nie? Adi bilang, kat situ memang tiada larangan saper nak makan time bulan posa. Malahan ader kedai yg siap pasang langsir tutup supaya org ramai tak nampak saper yg makan kat dlm tuu..

Issh..aku kater, kalo kat Malaysia dah kena cekop dgn jabatan agama. Ramai-ramai naik lori gie balai..huhu..

Ader Centrepoint kat Batam?
Dimanakah sinar 'Matahari'?

Venue : Gedung Matahari, Nagoya Hill
Time : 4.30pm (local time), 3.30pm WIB

Gedung Matahari, Nagoya Hill
Kami meneruskan perjalanan kaki menuju ke Gedung Matahari. Itu ler shopping mall yg paling besar dan terpopular. Ermm..sikit lebih kurang mcm Giant Hypermart ler.

Panas terik kat luar tu. Terasa amat ler lega biler dapat air-con kat dlm tu. Members aku kater nak shopping sikit. So, aku ikot jer ler..Aku ingat dia orang tu sumer nak shopping aper? Rupa nya nak borong belacan! Isshhh...sakit siak! Tadi beli jeruk, nie lak borong belacan!?

Dato Razak pilih belacan

"Ok, sorang seludup balik 10 packet belacan, boleh?"


Memang murah ler belacan kat situ. Lagi pon dia orang kater, belacan nie POWER giler. Tempat Singapore tak bole dapat belacan nie. Aku diam jek. No comment ler..


Nie lagi satu hal, lepas borong belacan, jeruk, they all nak borong ikan masin! Alaaa...hancus ler jalan dgn dia orang nie!! Sungguh tak glamer aku rasa. Bawak balik ikan masin naik ferry...huaarrhhh!!!!


Dato' Razak & isteri keriangan borong ikan masin.


Lepas tuu they all borong beli sayur lak! Makkooo....mcm takde sayur per kat negeri sendiri. Nie dah mcm pegi pasar nie...ishh..isshh..Part nie aku dah sedih, aku nak balik..


Lepas habis buat 'marketing', baru ler they all singgah kat shopping centre kat atas tu, Sunboss. Si Spidey cari sluar raya, Dato' Razak & Catwoman cari baju...dan aku beli kain pelikat!! hahahah!

Sambil jalan tu, aku ternampak ler muffin ader jual kat situ. Borong ler muffin nie utk juadah berbuka nanti..


Tempat makan yg aku suka

Venue : Nagoya Hill
Time : 6.30pm (local time), 5.30pm WIB


Waktu berbuka di sana pada pukol 6.00pm WIB (bersamaan pukol 7.00pm local time). Penat kiter keliling kawasan shopping mall.
Pada mula nyer, Adi ajak gie restaurant buka posa. Tapi kiter tak nak. Kiter nak makan tempat yg lebih 'exclusive'. Kiter lagi suka makan kat warong tepi jalan...rasain lebih enak dong!


Warong makan tepi jalan

So, Adi bawak ler kiter ke satu tempat berdekatan dgn Masjid Besar tuh. Ahh..kat situ lagi best! Walopon segi kebersihan nyer aku tak nak comment, tapi best giler makan santai tepi kaki lima.



Isshh..seronok ler makan tempat camni. Mana aku nak cari lagi suasana macam nie kat S'pore tuh. Ader gerai satay, ikan bakar, gado-gado. Kalo aku gie tempat orang, tempat camni yg aku suka.


Tapi awas, perot mesti kuat. Lagi pon kalo kat Indonesia, jaga-jaga sikit kalo nak makan di gerai kaki lima nie. Kekadang kiter tak tahu mana yg halal, mana yg tidak. Sumer nampak sama jek. Yang jual satay babi pon ader tau!


Spidey pilih ikan...hahahah! Dia kepingin nak makan ikan bakar!

Heh! Sempat amik gambar sebelom makan...



Nie ler makanan yg kiter order. Ermm...cara masakan lain sikit ler.


"Arrrgghhh...dia bunyik lagiiiiii...!"
Hah! Yg unik nyer kat situ, ader ler beberapa pemuzik jalanan yg menghibor kan kiter. Yg datang mintak sedekah pon ader...Well, just enjoy the food and everything that comes with it lerr..









It's desserts time!
Venue : Gedung Matahari, A&W
Time : 8.30pm (local time), 7.30pm WIB

Majlis iftar telah selesai. Kiter nak acara penutop lak. Adi ajak gie A&W santap ice-cream and root beer floats.







Aku ambil kesempatan utk beri hadiah utk Spidey dan Dato' Razak sempena birthday mereka tempoh hari. Si Spidey dapat mainan Spiderman, Dato' Razak dapat mainan Bob The Builder. Hahahah!! Dah tua pon dapat mainan lagi ek??



Aku nak pekena teh tarik!


Venue : Harbour Bay Ferry Terminal, Batu Ampat
Time : 9.00pm (local time), 8.00pm WIB

Our ferry departure time to Spore @9.00pm WIB. So, kiter harus berada di sana abt 20mins before time.



Kami menaiki teksi menuju ke Batu Ampat, Ferry Terminal. Since ader waktu lagi, kita dok ler pekena teh tarik kat warong makan di ferry terminal tu.


Adi & Spidey



Aku di celah tembok!


Makan dan makan lagiii...

Jam telah menunjukkan pukol 8.40pm WIB. Ferry akan berlayar ke Singapura dalam masa 20min. Kami mengucapkan salam perpisahan dgn Adi dan bergegas ke kaunter immigrasi.

kat departure area

Kat dlm ferry pon nak posing...isshh!
Ferry berlepas dari Harbour Bay, Batu Ampat tepat pada pukol 9.00pm WIB (10.00pm local time). Kami selamat sampai di Harbour Front, Singapore tepat jam 10.45pm local time.
Its has been a wonderful trip to Batam for all of us. Thanks to Bro Adi for his time playing host for us while in Batam. Appreciate his warm hospitality and looking forward for his return visit to Singapore.
ps : Too bad, this has always been a clean trip. If you're expecting something more explicit then this, I apologised for disappointing your wild imagination...heh!