Eh?..esok dah raya?!
Nie ler pintu pagar depan kampong aku
Tahun nie aku pulang beraya ke Melaka untuk bersama-sma dgn keluarga dan sanak sedare ku yg tersayang. Tu time ler kampong aku jadi kecoh...ayam, itik, kucing, biawak, ulor, rimau, berok, lembu, kerbau, bertempiaran lari sembunyikan diri..hahaha!
Aku tiba di Alor Gajah pada malam raya tersebut. Leburaya ok, tak sesak...Kehadiran kami disambut dengan dentuman mercun rocket dari umah jiran, dan percikan bunga api kat langit. Keadan sungguh hura-hara malam tu, mcm perang dunia siot! Berdesing telinga aku dibuatnyer....
Yg dulu kecik, skarang dah jadi besar. Yg dulu single-mingle, skrang dah jadi tunang org ...Yg dulu pengantin baru, skrg anak dah berderet mcm keterapi....Hmm...perubahan masa begitu pantas hingga tidak sempat ku menikmati ketika ia berlalu...huhu
Walopon takde gigi, senyuman opah ku tetap nampak manis....peewwiiiitt!!
Yg penting, kami sumer sihat dan bersyukur diberi nikmat kesihatan yg sempurna buat masa ini. Bila lagi aku nak rasakan suasana mcm nie kalo tak balik kampong, ek?
Tapi masa yg paling stressing skali kalo kat kampong tu biler time nak tido lerr..hahaha! Berebut, bantal, gebor, selimut, tilam...isshh..
Ader jugak yg rebut 'spot' utk tido..Nak yg bawah kipas ler...nak tido atas sofa ler..kalo nasib tak baik tuu, kena tido kat dapur...hahahaha!! Rasa kao tido ngan 'mak menti'...kahahahaha!
(Minta maaf aku tak tergamak nak siarkan gambar2 time kiter tido tuu...sungguh mengharukan ..hahaha..Ko orang bayang kan ler sendiri..)
Oleh kerana bilik2 sumer telah dijajah oleh penghuni yg tak berdaftar, maka beg-beg kami terpakasa dihumban kat balcony luar tuu...adusss...! (Nak amik sluar dalam pon segan ler takot org nampak..ahahaha!)
Makcik aku suruh aku design buat 'outhouse' kat tanah depan tuu. So, tahun depan raya, tak yah rebut2 bilik lagi.
"Bole makcik, professional fees saya RM300,000.00 jek, setuju?...Hahahhaa!" - Dia kejar aku ngan parang!
Cuba carik, mana satu beg aku...?
Aku lampirkan snapshots hari raya ku di kampong. Ader lagi gambar yg aku blom terima dari sepupu-sepupuku. Gambar2 nie yg aku sempat amik dari camera aku sendiri...
Hara Raya snapshots...
Malam Raya pertama
Raya pertama tu aku gi beraya kerumah sebelah abah aku yg di Muar dan Tangkak. Hujan ribot ler petang tuu..Aku takut sungai Muar naik air jek. Aku bawak keter nie, bukan bawak bot..huhu!
Kami pulang ke Melaka kol 11 mlm. Makkoo...letih siot! Dah ler jalan kat Muar jam, sesat lak tu. Ikut jembatan baru ler...kluar parit bunga ler...cari JPJ Muar ler, nanti jumpa Sungai Abong lerr...Tak leh pakai GPS ek?
Dah ler penat, skali si makcik2 sporting aku tu, ajak gie lepaks kat Highway Ayer Keroh pekena teh tarik!..Baru jek aku nak mandi, dah kena usung gie Ayer Keroh lak..arrgghhhhh..
Malam Raya Pertama : Kita gie rilex kat Jejatas Highway Ayer Keroh, Melaka. Pekena roti bakar, telur dan teh tarik...yesss!!
Bila kat sampai sana, aku lak yg tak nak balik, pasal nak tengok tv kat highway ader bola...England lwn Estonia 'LIVE'. England menang 3-0. Malam tu, kami pulang ke rumah kol 2 pagi..Aku kena tido tepi pintu pasal kalah betting bola...takpe bro, nanti wa returnz!
Chendol GEREKZ!
Aku pernah bilang korang pasal Chendol kat Melaka tu. Tahun nie, aku ziarah mamak chendol tu lagi. Chendol dia 'POWER GEDEMAK', bro! Santan dia...ummppphh..lemak manis, disukai ramai..
Tiap2 kali aku balik kampong aku MUSTI beli chendol dia..Aku recommend ler kat korang. Kalo singgah ke Alor Gajah, jgn lupa rasa sejenak chendol nie..
Chendol POWER!! - Kat roundabout Alor Gajah
Lokasi dia betol2 depan Muzium Adat Istiadat Melaka. Yg ader keris besau tuu. Mamak tu selalu park 'keter chendol' dia kat parking lot paling corner..Jgn, takut. Meja, kerusi juga disediakan jika anda mahu menjamu selera disitu at no extra charge! AMAAKKK!
Siapa lebih degil? Lembu ke manusia?
Pada Hari Raya kedua, aku dok ler sembang ramai-ramai kat berandah tu sambil menunggu tetamu-tetamu 'kecil' dari merata kampong datang collection duit raya..huhuu..
Sambil dok dan membakar tembakau jawa, aku terdengar suara kecil berteriak..
"Kiri...kiri..Husin, kiri Husin...kiriii....!!" dia pekik. Ketika itu baru ler aku nampak lembu-lembu buat 'catwalk' depan kampong aku...
Lembu-lembu pon berhari raya...yay!!!
Hahaha...aku yg gayat! Kesukaan aku tengok lembu. Selama nie aku nampak lembu kat pasar ajer..tu pon tinggal kaki lembu jer yg tergantung...
Makcik aku kata, "Husin tu nama sekor lembu tuh..Kalo tuan dia panggil, dia dengor kato. Kalo tuan dia suroh balik, dia balik. Kalo tuan dia suroh belok kiri, lembu tu belok kiri..."
Ooooohhh..oh iyo ko?...mulai dari saat tu, kata seumpamaan "Degil macam lembu" dah tak relevant lagi..Aku rasa manusia yg lebih degil dahh...
Si gembala yg kecil...
Aku pon tanyer, "saper budak kecik kat belakang tu?"
"Itu ler si gembala lembu tuu..." balas makcik aku.....
Tergamam aku dibuat nyer. Fuhhh...terror ler budak kecik tu. Aku salute sama dia!
Sampai dipenghujung...
Nie ler yg sedih...akhirnya, raya dikampong dah sampai ke penghujungnya. Alaa...maleh nak balik nie..Dah syiok makan tido kat kat kampong nie..
Pada Hari Raya keempat, aku mula beredar pulang ke Johor. Cuaca tidak begitu baik, dan jalanraya agak licin. Kenderaan banyak skali. Heavy traffic lerr at that moment. Sumer laluan ke lebuhraya sesak.
Hujan lebat kat highway
Oleh kerana R&R Machap under renovation, aku singgah ler kat R&R Pagoh. Ingat nak melantak Burger Ramlee...skali orang punye ler ramai dahhh..Aku putus kan ler niat aku tuu. Aku beli teh tarik bungkus jerr..
Stop over kat R&R Pagoh. Orang ramai gie raya ke nie?
R&R Highway Pagoh
Lepas rehat 20min, aku terus kan perjalanan pulang ke Johor Bahru. Esoknya baru aku balik ke Singapore.
Serangkap Pantun Kenangan
Aidilfitri di kampong telah ku tinggalkanBermacam gelagat dengan seribu kenangan
Hanya ku pohon dan berdoa supaya diizinkan
Bertemu kami lagi ditahun hadapan...
Kepada semua keluarga-keluarga ku, disini aku memohon maaf sekali lagi, jika ader kekasaran bahasa, tersilap laku ku hingga mengguriskan jiwa. Halalkan segala termakan dan terminum ku jika ada dan ampunkanlah segala dosa-dosa ku yg telah ku lakukan sama ada dgn secara sedar atau tidak. Semoga kita bersua suatu hari lagi..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
ps: Ok sumer, aku kat opis nie...nak celah dulu. Ader org nak dtg umah ler..