Sunday, December 23, 2007

Codename : Rising Dragon

Ok...ok...ramai sangat tanyer aper kena-mengena nama 'Rising Dragon' & diri aku nie??
'Rising Dragon' adalah codename untuk unit kerahan "Gerak Khas" aku suatu ketika dulu ketika menjalani Perkhidmatan Negara (NS).


Special Operation Command - Rising Dragon


Biler aku tengok balik gambar-gambar lama nie, aku teringat ketika latihan operasi mempertahan kan Bukit Timah - Battle of Bukit Timah Hill.

Masa tu kiter dlm tahun ke-3 latihan. Objective kami utk mempertahan kan Bukit Timah dari tawanan musuh. Dan 'musuh' kami masa tu bukan calang-calang musuh, brader. 'Musuh' yg bakal kami tentang tu dari Unit Gurkha yg memang terkenal dgn kecekapan dan keberanian mereka.

Gerun jugak pada masa tu. Kami diberi 3 hari utk mempertahan kan lokasi dari diceroboh 'musuh'. Unit Gurkha tu pon agak riak jugak ler..Sebelom latihan bermula, mereka dah kata boleh tawan Bukit Timah senang-senang jek. Lepas tu nak kibar kan bendera Gurkha kat atas Bukit Timah tanda kemenangan mereka. Ptuiiii....!!!

Kata-kata slogan mereka tu ler yg membuat api semangat kami makin membakar dan membara utk menewaskan mereka. Chewwaahhhh.....macam real jek!

The battle began. 3 hari 2 mlm aku dok makan, berak, tidor kat atas bumbung. Teropong sana, teropong sini..cari Gurkha...hahaha! Sekor Gurkha pon tak nampak.

Akhirnya, pada hari latihan ke 3, tepat pukol 11 mlm, Gurkha terbang dari atas pokok ke atas pokok! TERBANG macam flying fox, brader...Issh dahsyat sak Gurkha nie sumer. Rupanyer, aku ader ler dok teropong kat bawah dari atas bumbung, rupanya dia orang ader ler teropong aku dari atas pokok! Cisss...

Pertempuran sengit sampai kol 3 pagi tak abis-abis. Rakan sepejuangan aku ramai dah 'mati' kena tembak. Tinggl ler beberapa 'hero' yg masih hidup, termasok aku nie..keehelekkeh..

Kehebatan musuh kami tu memang tak dapat dinafikan. Memang aku salute dgn Gurkha nie. Apa ke tidak, 3 hari dok atas pokok tak turun. Monyet pon kena turun jugak sekali-sekala ek? Dah ler tu..boleh terbang dari satu pokok kesatu pokok mcm tarzan! Manusia mana sey bole buat macam tu? Binatang jek yg bole...

Yg lagi satu aku nampak ngan mata kepala aku sendiri, mereka tu boleh lompat pagar setinggi 3m mcm gimnastik!! Huaaahh...dahsyat ler manusia nie sumer.

Kalo nak diikutkan, aku dah tak larat lagi...lutut dah lembik, nak diri pon dah tak bole. Nak angkat senapang pon dah tak terdaya.

Unit aku pon dgn dahsyat nyer balas balik tembakan bertubi-tubi. Kalo kao orang nak tahu bagaimana keadaan kiter masa tu, sama mcm citer Bukit Kepong. Masa tu lengit dok kena tentangan hebat...kira berak, kencing bersepah ler kat situ..eeeeiiiii.

Tapi demi maruah kami, perjuangan tetap diterus kan juga hingga ketitisan darah terakhir...Makin ramai kawan2 aku rebah, makin bersemangat jiwa kami utk menewaskan mereka.

Command post menyatakan, Gurkha pon ramai dah mati kena tembak. Tinggal saki baki jer lagi..Apalagi, kiter whack mati-matian kat mereka tu sumer.

Kol 5 pagi, Gurkha yg terakhir surrender. Mereka ngaku kalah! Pada mula nyer aku tak faham aper dia org jerit-jerit masa tu. Apa ke tidak, mereka cakap bahasa Gurkha, mana aku faham? Rupanya, dia orang kata jgn pukul dia, dia dah surrender...tak nak main lagi! Huauahahahahaa!!! First time aku nampak Gurkha nangis pasal kalah terok!

Oh, lengit jugak ek!? aku ingat tak reti lengit!..Ketawa besar kami kat mereka akhirnya. Akhirnya, kami kecapi kemengan yg termanis...Kemenangan keatas unit Gurkha yg selama ini dikatakan hebat...hebat lagi unit kami nih...HAHAHAHA!

10 tahun telah berlalu, sehingga hari ini, belom ader unit lain yg dapat mengalahkan Gurkha, kecuali The Rising Dragon!

Kini, reservist training aku dah tamat. Unit telah pon dibubarkan. I adopted the name to reminisce in the honour of the once Super.Weapon.Assault.Team that has ever existed!


ps : To the great-great buddies, "Live up to our name...BREATH THE FIRE!"