Sunday, November 11, 2007

Airbus A380

Selasa lalu, aku berkesempatan ke Changi Airport utk mengiringi Dato' Razak & wife terbang ke Turkey for their 2nd honeymoon...woohoo..


Iring sampai airport jerr..bukan sampai Turkey dahhh...

Tu pon kalo tak si Spidey yg paksa. Anw, aku mmg nak jumpa kedua mempelai tuu. dah lerr hari raya tak sempat nak kunjung umah dia orang tuu...so, ini ler peluang yg terbaik utk bertemu mereka berdua tuu..



Aku bertolak dari opis kol 6pm besama rakan side-kick aku, Wonder Woman. Kami bertemu Spidey di airport pada kol 7.30pm.

Time tu perot pon dah lapar. Kiter pon serbu gie canteen airport kat bawah Terminal 1. Makanan kat situ not bad leh..Aku order kacang pool and satay 15 cucuk!...huaarrhhh. Makan sampai tak termakan lagi...huhuhuhuhu.

Lepas tu si Spidey order dessert. Dia kepingin nak ice-cream. So, dia beli ler 3 scoops utk sorang satu..

Lepas makan, kiter dok ler tunggu kat Row 12, Gate 4. Si 2 mempelai tu sampai airport kol 9pm. Flight kol 11.05pm..Sempat ler dok berborak kejap. Airport pon ramai orang. Kebanyak kan tourists dari India..nak balik kampong sempena Deepavali.

Aku yg sempat berposing...


Tepat pada pukol 10.30pm, kedua mempelai tu pon check-in luggage mereka. Spidey kater, keadaan di Turkey sejuk skrang. Dia suruh stand-by pakai jacket. Kalo boleh pakai 3 lapis...hehehe..

Pada kol 11pm, kumpulan rombongan pon dipanggil dan bersedia utk berangkat. So, we waved our goodbyes to the couple and wished them a pleasant journey.

Bon Voyage.

ps: Aku tak sempat nak tengok kapal terbang Airbus A380....huuuaugghh..