MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) dah sah kan daging babi halal lerr..nie macam bole buat rendang raya tahun depan....hehehe!
Memula aku ingat someone playing prank nie..Saja nak buat lawak. Bukan aper, banyak dah aku dengar lawak bodoh dari segelintir 'bangsa' kat Spore nie yg suka sangat 'melawak-lawak' kan orang2 Islam am nyer.
Tapi semakin aku baca email tu, ianya bukan satu lawak bodoh. Bahkan, si penulis itu mengungkap secara serius...Isshh..serious ke nie??
----------------------------------------------------------------------------
Tukilan dari email tersebut:
Subject: Halal Pork
Assalamualaikum,
I would like to raise a concern on an incident. I was given the attached
pic from a fellow Chinese collegue asking if its possible for pork to go
halal. This pic was taken from an NTUC branch with the date at the
bottom but however, the person refuse to reveal which exact branch this
is from.
I hope you are able to step up some investigation on this. It really
scares me thinking teenagers who would try out of curiousity or maybe a
maid who don't know much reading and depend on the Halal logo. Kindly
revert. Thanks
------------------------------------------------------------------
Aku 'menderas' email tu 3 kali, dok! Aku zoom image tu dekat...tak cukup dekat, aku dekat kan muka aku kat monitor utk memastikan image tu tulen, bukan dimontage.
Aku masih tak caya. Tak kan pasaraya NTUC yg jual benda-benda nie. Kalo kedai lain tersilap jual benda nie, aku faham ler. Tapi ini kan NTUC???
Sebuah pasaraya yg begitu sinonim dgn penduduk disini, yg begitu termahsyur, ader Quality Control Dept, ISO Certified, ader kilang sendiri, malahan disokong kerajaan, tapi hal mcm nie bole berlaku?
Tak masok dek akal ler, brader...
Akhirnya, aku ditemui jawapan. Memang benar perkara nie berlaku....
---------------------------------------------------------------------------
NTUC Fairprice to file police report for tampering of pork packet
Channel NewsAsia - Friday, November 2
SINGAPORE: NTUC FairPrice said it will make a police report over what it called "a deliberate and wilful act of mischief" to tamper with its packaging of "Pasar Fresh Pork".
A photo sent in by a viewer showed a packet of pork under NTUC’s Pasar brand with a "halal" sticker from the Islamic Religious Council of Singapore (MUIS).
Muslims are forbidden from eating pork and such "halal" labels are reserved for food products that do not contain pork or other non—permissible products.
"Halal" means permissible for Muslims to consume.
NTUC Fairprice has clarified that the original packaging does not come with a "halal" sticker.
It added that this matter is serious and it will take all necessary steps to make sure such act of mischief is stopped and will not be repeated. — CNA/ac
source : http://sg.news.yahoo.com/cna/20071101/tap-309067-231650b.html
------------------------------------------------------------------------------
So, memang sah ler perkara nie benar.
Nak salahkan saper skrang?..Ermm..maksud aku, siapa yg akan dipertanggungjawabkan? (Ceyy...ayat mesti sounds professional sikit..eheh)
NTUC..?
MUIS..?
Bhai sarbat yg jual teh tarik kat Bussorah Street tu...??
Jgn nak tunding jari. Dlm story nie, cuma bhai sarbat ajer yg tak salah pasal dia takde kena mengena...heheh
Kenapa NTUC aku salahkan?
All back to basic, brader..
Pasaraya tu bukan setahun jagung, ek. Dah lama ditubuhkan sejak tahun 70an lagik. Dah banyak pengalaman dia orang dalam hal pengurusan dan perniagaan bahan runcit. Tak kan benda halal-haram pon tak tahu?
Sejak sijil halal di perkenal kan di Spore, pasaraya NTUC ler diantara kalangan yg pertama memperolehi 'endorsement' tersebut dari MUIS. Tahap keberkesanan mereka mengatur susun 'Halal' & 'Non-Halal' products disetiap pasaraya NTUC memang ler bole dipuji. So, kita pon akur akan tanggungjawab NTUC kepada penduduk muslim disini.
Tapi tahap kepercayaan kami telah 'dicabul' apabila mengetahui insident ini terjadi. Benda nie nampak depan mata kiter, apa pulak yg berlaku dibelakang mata kiter? Apa benda pulok yg dah dicampur gaul kan?
Dimanakah tanggungjawab NTUC?
Siapa yg check benda2 nie? Siapa yg tampal sticker2 halal tersebut? Org muslim or non-muslim?? Dimanakah pekerja2 muslim di NTUC sumer? Oh..lagi cuti raya, ek?? Takpa...takpa..
Pekerja-pekerja NTUC, baik dari pak guard, minah cashier, budak jaga store, mamat delivery...tak kan mereka tak ternampak dan lapor kan perkara nie ke pihak atasan? Bukan kah perkerjaan kiter itu satu amanah, dan amanah kiter kepada saudara muslim kiter yg lain?
Apa sebabnya MUIS melulus kan criteria, jika sesuatu 'establishment' itu ingin memohon sijil halal, ianya harus mempunyai pekerja-pekerja Islam...supaya aper??
Supaya nak cukup kan quota? Supaya nak tunjuk Spore bukan negara racist dan mendiskriminasi?? Salah tuu...
Supaya tanggungjawab pekerja muslim itu, dapat memastikan, barangan yg dijual ataupon digunakan adalah dari sumber yg halal utk pengguna / pembeli Islam yg lain..
Tapi, ramai yg dah salah ertikan nyer..Mungkin ader yg kurang peka apakah logik disebalik itu.
So, walaopon anda hanya lah seorang pak guard ataupon mamat delivery bawak lorry kat NTUC, tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja Islam adalah amat besar skali kepada pengguna2 Islam yg lain.
Kalo nampak benda mcm nie, cepat laporkan. Jgn buat bodoh ajer..Begitu juga kepada penguna / pembeli Islam yg lain. Sama2 ler kiter membantu sesama sendiri.
Kenapa aku salahkan MUIS pulok?
Aku tak faham ler macam mana MUIS edarkan label sticker halal ataupon sijil halal tu?
Agak nya dia orang mcm jual sticker kartun2 kat Pasar Malam, yg 10 keping $1 tu, ek? Saper nak sticker halal, main amik beli jer. Ishh...Eh, nie bukan memain nie..Ini dah tahap serious. Mcm dah takde control langsung pada logo halal tersebut aku tengok..
Kat kedai2 makan pon sama...Logo Halal terpampar kat depan kedai, tapi takde pon pekerja Islam disitu? Yang ader, muka-muka 'ahbengahseng'! Macam mana nie??..
Mintak maaf ler kalo aku serkap jarang, tapi kalo logo halal tu di control dgn procedure yg ketat, Insya-Allah benda nie tak kan berlaku.
Aku share cerita perihal kejer aku. (Kisah yg sinonim dengan Sijil Halal)
Sebagai seorang yg terlibat dgn agensi-agensi kerajaan secara langsung, aku harus memastikan banyak perkara yg tidak bercanggah dgn peraturan2 yg telah dilulus dan ditetapkan.
Pada satu hari tu, aku tiba disuatu tapak binaan yg baru dibina. Aku harus buat visual inspection pada salah satu pintu kalis api (Fire rated door).
Mengikut landasan peraturan, setiap pintu kalis api seharusnya mempunyai label sticker PSB yang telah sahkan oleh Productivity and Standards Borad (PSB). (Macam logo halal lerr tuu..) Kalo takde, tak bole disahkan sebagai kalis api, walopon pintu itu sememangnyer kalis api.
Bulatan merah - PSB label with a special serial number
Walopon sticker tu kecik senonet ajer, tapi akibat nyer porak peranda jika ia tiada. Kalo hilang, kena buat police report. Setiap sticker itu mempunyai serial number tersendiri dan dipadankan dgn sijil yg tersendiri. So, memang tak bole tipu ler. Takde 2 sticker yg sama...memang fool proof!
Label sticker itu memang dicontrol ketat sehinggakan, kalo hilang satu ajer sticker kecik tu, satu bangunan tak akan diiktiraf keselamatan nyer. Serious tak kejer aku nie?
So, kalo badan agensi seperti PSB bole mengawal kesahihan sticker yg 'kecik senonet' tu menerusi kawalan dan procedure yg ketat, kenapa tak MUIS mempelajari dan mengambil pendekatan kawalan sijil dan logo sticker halal dengan cara yg sama?
Insya-Allah, perkara macam nie tak akan berulang lagi, jika ianya dipraktikan secara konsisten dan 'mereka' tidak sewenang-wenang nya 'menjaja' logo halal itu.
Ader yg tak happy dgn pendapat dan pendekatan aku? Then, lampirkan idea tulus korang tu..innovate something better for the sake of the muslim world!
Itu ajer commentar aku.
Sekian terimakasih.