Friday, November 23, 2007

Aku dan Sardin...huhu

Smlm Datin Ruby email aku. Dia kata ader org yg pakai nama 'glam' aku buat recipe!

Chet! Recipe aper ek??...Dia kata buat recipe roti sardin!...Huaurrhahahahah!!

----------------------------------------------------------------

Quote:

Hey…was surfing for recipes n found this. Look at the recipe name… Kebetulan atau….???

Zue Roti Sardin Gulungan


1kg tepung roti

140g gula kastor

20g garam

102g majerin

20g yis

10g pemantap roti / bread improver

20g softener

2 biji telor

500ml air ais (wa belasah air biasa jer…)

30g tepung susu

Satukan bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Uli pada kelajuan minimum. Sambil tu masukkan bahan cecair secara perlahan. Uli hingga jadi doh. Masukkan majerin dan teruskan ulian sehingga doh menjadi licin.

Inti Sardin

2 tin besar sardin (wa suka guna mackerel) - buang sosnya

1 labu bawang besar - dadu/cincang

3 ulas bawang putin - cincang halus

2 biji cili merah - cincang

sedikit halia - hiris halus

2 keping asam gelugur (asam keping) - rendam sekejap

2 sudu besar sos cili

4 sudu besar minyak utk menumis

garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang/hiris hingga naik bau. masukkan sardin. lenyek2kan biar hancur.

Masukkan sos cili dan asam keping. Biar sedikit kering. Perasakan dengan garam.

Jika suka bubuh la serbuk perasa (aku ganti ngan secubit gula).

----------------------------------------------------------------------

Aku tak caya ler. Popular sangat ke nama kau nie? Mcm tahu jek aku nie hantu sardin..ehehe

Aku pon carik ler link tu kat internet...dan ternyata amat benar!

http://aceh-online.com/modules.php?name=News&file=article&sid=134

Sah ler nama aku nie memang sinonim dgn sardin. Muka pon macam muka sardin dlm tin...huauahahaha!!!

ps : Terimakasih kpd yg mencipta resepi nie. Lebih2 lagi kerana sudi menamakan resepi nie dgn nama aku. Bertambah ler fofular aku skrang. Semoga rezki nyer mencurah-curah dgn terciptanya resepi ini.