Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, November 23, 2007

Aku dan Sardin...huhu

Smlm Datin Ruby email aku. Dia kata ader org yg pakai nama 'glam' aku buat recipe!

Chet! Recipe aper ek??...Dia kata buat recipe roti sardin!...Huaurrhahahahah!!

----------------------------------------------------------------

Quote:

Hey…was surfing for recipes n found this. Look at the recipe name… Kebetulan atau….???

Zue Roti Sardin Gulungan


1kg tepung roti

140g gula kastor

20g garam

102g majerin

20g yis

10g pemantap roti / bread improver

20g softener

2 biji telor

500ml air ais (wa belasah air biasa jer…)

30g tepung susu

Satukan bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Uli pada kelajuan minimum. Sambil tu masukkan bahan cecair secara perlahan. Uli hingga jadi doh. Masukkan majerin dan teruskan ulian sehingga doh menjadi licin.

Inti Sardin

2 tin besar sardin (wa suka guna mackerel) - buang sosnya

1 labu bawang besar - dadu/cincang

3 ulas bawang putin - cincang halus

2 biji cili merah - cincang

sedikit halia - hiris halus

2 keping asam gelugur (asam keping) - rendam sekejap

2 sudu besar sos cili

4 sudu besar minyak utk menumis

garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang/hiris hingga naik bau. masukkan sardin. lenyek2kan biar hancur.

Masukkan sos cili dan asam keping. Biar sedikit kering. Perasakan dengan garam.

Jika suka bubuh la serbuk perasa (aku ganti ngan secubit gula).

----------------------------------------------------------------------

Aku tak caya ler. Popular sangat ke nama kau nie? Mcm tahu jek aku nie hantu sardin..ehehe

Aku pon carik ler link tu kat internet...dan ternyata amat benar!

http://aceh-online.com/modules.php?name=News&file=article&sid=134

Sah ler nama aku nie memang sinonim dgn sardin. Muka pon macam muka sardin dlm tin...huauahahaha!!!

ps : Terimakasih kpd yg mencipta resepi nie. Lebih2 lagi kerana sudi menamakan resepi nie dgn nama aku. Bertambah ler fofular aku skrang. Semoga rezki nyer mencurah-curah dgn terciptanya resepi ini.

Wednesday, September 26, 2007

Selera Ramadhan - Laksa Johor

Salam bahagia dan salam ceria kepada sumer yg sedang menjalani ibadah posa.

Hari ini saya akan berkongsi resepi lagi bersama anda...anda...anda. Walopon asal-usul saya dari negeri Johor, tapi saya tak pernah cuba nak buat Laksa Johor. Apatah lagi nak memakannya...hehehe.

Tapi demi utk perot ku yg dah lapar, marilah kiter sesama mencuba resepi yg tak pernah saya cuba nih..


Laksa Johor

Bahan-Bahan:

Bahan A
200 g spagetti
10 ml minyak masak
1 sd kecil garam halus
1 liter air

Bahan B
300 g isi ikan tenggiri/makeral
1 liter air

Bahan C
5 ulas bawang merah (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
10 g udang kering (tumbuk halus)
3 cm halia (tumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cm lengkuas (ditumbuk halus)
3 sudu serbuk kari
1 tangkai kulit kayu manis
1 sudu kerisik
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga lawang
2 cawan santan kelapa
20 ml minyak masak
2 keping asam gelugor
1 liter air
garam secukup rasa

Bahan D
2 tangkai daun kesum (dihiris halus)
1 biji timun (dihiris halus)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji telur rebus (dipotong dua)
½ biji nenas (dihiris halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)

Bahan E
5 tangkai cili merah
5 cm belacan (dibakar)
5 biji limau nipis (dipotong dua)

Rebus bahan A sehingga spagetti lembut sepenuhnya, ditoskan airnya dan diketepikan.

Rebus bahan B sehingga ikan masak dan blender halus isi ikan tersebut. Simpan air rebusan ikan tadi.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serai, lengkuas dan sebuk kari. Setelah naik bau, masukkan air, air rebusan ikan, isi ikan yang telah diblender dan didihkan. Kemudian masukkan santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau di atas api sederhana sehingga kuah mendidih dan pekat.

Sediakan bahan D dan susun cantik-cantik dalam bekas yang berasingan.

Tumbuk belacan yang telah dibakar bersama cili merah hingga halus. Letak belacan dan cili tumbuk di dalam bekas bersama-sama limau nipis yang telah dipotong.

Ambil pinggan sederhana besar (pinggan kecik tak bole, mangkok hayun pon tak boleh, ek), letakkan spagetti, tuang kuah laksa, tabur bahan D dan letakkan sesudu sambal belacan serta picit 1 ulas limau nipis di atasnya.

Dah sedia untuk dimakan....yum..yum..

Selamat mencuba, ya!

Saturday, September 15, 2007

Selera Ramadhan - Mee TomYam


Hari nie aku nak jadi chef. So, sempena bulan posa nie, aku nak kongsi ler sikit resepi ngan korang...Selera ku hari ini is - Mee TomYam..hehehe!

Bahan-Bahan:

bawang besar
bawang putih
cili giling
ayam/sotong/daging
kicap manis
fish ball
sos cili
sos tiram
kicap pekat
sawi,taugeh,tomato
telur

Memula panaskan minyak, then tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling. cili digiling kemudian masukkan sos cili,sos tiram, kicap pekat, kicap manis kemudian masukkan ayam/daging/sotong.

Masukkan sedikit air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak. Kemudian masukkan secubit gula (secubit ajer tau! Jgn cubit banyak2) dan masukkan mee serta sayur-sayuran. Supaya tidak layu sayur itu, masukkan time last2 part.

Kacau hingga sebati dan pecahkan telur. Jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan...yum..yum

Selamat mencuba ya!