Saturday, September 15, 2007

Selera Ramadhan - Mee TomYam


Hari nie aku nak jadi chef. So, sempena bulan posa nie, aku nak kongsi ler sikit resepi ngan korang...Selera ku hari ini is - Mee TomYam..hehehe!

Bahan-Bahan:

bawang besar
bawang putih
cili giling
ayam/sotong/daging
kicap manis
fish ball
sos cili
sos tiram
kicap pekat
sawi,taugeh,tomato
telur

Memula panaskan minyak, then tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling. cili digiling kemudian masukkan sos cili,sos tiram, kicap pekat, kicap manis kemudian masukkan ayam/daging/sotong.

Masukkan sedikit air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak. Kemudian masukkan secubit gula (secubit ajer tau! Jgn cubit banyak2) dan masukkan mee serta sayur-sayuran. Supaya tidak layu sayur itu, masukkan time last2 part.

Kacau hingga sebati dan pecahkan telur. Jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan...yum..yum

Selamat mencuba ya!