Baru jek balik dari Johor nie..penat sangat beb!
Kalo tak kerana urusan keluarga, memang malas aku nak drive jauh2. Nasib baik cuaca elok, tak ujan. Singgah kejap umah kat jb tu. Lepas tu gie kat kedai blakang cari goreng pisang, kopok lekor, kuih 'jolok-jolok', cendol...woohoo! Cuaca panas mcm nie, pekena lak cendol...perrghhh...tiada kata yg dpt mengambarkan kenikmatan nya.
Tapi cendol yg amat ku favourite skali yg kat alor gajah tuu..fuhh, tak bole angkat! Kalo korang nak tahu kat mana, yg depan musuem kat roundabout alor gajah tuu. Ader satu stall kecik kat carpark depan road tu. Every year raya, aku tak pernah miss ler cendol kat situ. Aku rasa minaci tu pon dah kenal muka musiman aku nie...hehehe
Actually, aku takde mood sangat nak blog hari nie. Maklumlah, aku masih berkabung keatas pemergian arwah nenek aku. So, mood tgh sedih ler.
Aku cuma nak ucapkan terimakasih kpd kekawan, sedara mara yg sempat memberi ucapan takziah kepada ku dan keluarga ku tempoh hari. Baik menerusi sms, email, dan yg sempat hadir pada hari itu juga. sorry ler, kalo aku tak terlayan pasal perasaan aku sangat sedih. Kata-kata kamu sekalian cukup memberi perangsang dan semangat pada diri ini utk meneruskan kehidupan....terimakasih guyz! *sob*
Dan tak lupa juga kepada 'Spidey' dan 'Bob the builder' yg telah menyambut hari lahir mereka pada 4 & 5 Sept respectively. Minta maaf ler kalo aku tak dpt sambut ngan korang seperti tahun-tahun yg lalu...Nanti ader masa kiter kumpol geng kiter sumer & rilex one korner and potong kek.
Ok lerr..aku dah penat tahap cipan nie. Mata dah layu nak bobok. Mana anak patung spongebob aku nie....saper dah kebas??
huaarrggghhhhh....!