Friday, September 28, 2007

Disturbing Act...

Masa aku tgh clear email box tadi, ader ler seseorang yg meng'forward' kan cerita ini pada ku. entah betol ke tidak, aku tak tahu. Pasal aku takde kat Wangsa Maju pada waktu tersebut. Anw, aku cuma ingin berkongsi pada korang semua supaya menjadikan nyer satu iktibar..

--------------------------------------------------------------------

Quoted from the email:

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap
segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas.

Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya
tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.

Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajuny a dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat.

Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat,tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana
ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!

-----------------------------------------------------------------

Ini pendapat aku:

Memang tidak boleh dinafikan bahawa orang2 kafirun sentiasa ingin menjatuh kan umat Islam dgn Pelbagai cara dan helah. Baik secara kekerasan atau dgn cara yg licik. Kekadang kiter sendiri tidak sedar bahawa diri kiter ini telah diperalatkan oleh orang2 kafir utk menjatuhkan agama kiter sendiri.

Lihat saja disekeliling kiter. Lihat saja media masa, media cetak, propaganda2 yg sengaja diperbesar-besarkan. Isu Islam kini menjadi taboo. Bahkan ada yg memomok-momokan dan menjijikan agama suci ini tanpa dibela. Alhamdullilah, umat Islam kini lebih sedar bahawa mereka lah mangsa yg sebenar-benarnya. We ARE the victims, NOT the perpetrators.

"Provoke, trigger unrest and blame the brand of Islam and the Muslims." Itu sudah menjadi agenda dan fomula kafirun.

Kiter sebagai umat Islam sedar yg kiter sentiasa diperhatikan oleh dunia. Kerana itu, kiter harus lebih bersikap rasional dan bertindak mengikut fikiran dan kewarasan. Usah menjadikan perasaan kiter pula yg mengawal emosi ini. Janganlah kiter bertindak tanpa berfikir tentang aper yg akan terjadi kelak. Bahkan, tindakkan kiter akan membawa lebih keburukan dari kebaikan.

Merujuk kembali cerita yg tertera di atas tu, saya kurang setuju dgn tindakan pemuda 'cashier' yg menggunakan kekerasan demi utk menegakkan Islam.

'Criminal force' will not resolve 'criminal intimidation'.

Apa yg seharusya dilakukan, ialah utk menghubungi pegawai atasan atau melibatkan pengawal keselamatan bertugas utk tindakan selanjutnya. Perkara ini pula harus dilaporkan kpd pihak polis dan jabatan agama utk siasatan selanjutnya. Saya pecaya bahawa insiden ini akan dipandang serius dan dibawa ketengah jika semua terlibat itu berkerjasama menjalanakan kewajipan masing2 tanpa menggunakan kekerasan.

Yg mendukacitakan sekali, pemuda melayu itu akan diheretkan ke mahkamah jika didapati bersalah kerana kekerasan yg dilakukan. Jika kita peka dgn garis pandu mahkamah, seseorang itu akan didapati bersalah jika bukti2 yg dilampirkan itu cukup. Dalam hal ini, pemuda melayu itu nampak lebih bersalah kerana mempunyai bukti menggunakan kekerasan, tetapi tidak pula pada lelaki cina tersebut. Bukti baju yg dipakai itu senang dihapuskan dan beliau boleh menafikan memakai pakaian tersebut.

So, the conclusion is, not to be just too happy with the action. Be aware of the protocols or you will end up in the hot soup yourself.

Semoga, nasib pemuda melayu itu dapat dibela dgn seadil-adilnya kelak.