Jam dah menunjukan ke pukul 3 pagi. Tapi aku masih belum teringat utk tidor. Baru ajer abis basuh pinggan kat dapur. Lepas tu tak tahu nak buat apa sorang-sorang pat umah nie. Tetiba baru teringat ada satu cerita benar yg terjadi minggu lepas. I think I have to blog this out.
(Kisah ini adalah kisah benar, tetapi nama-nama yg disebutkan dlm kisah ini terpaksa ditukarkan utk tidak mengaib kan mana-mana pihak pon. Semoga, ianya menjadi satu renungan dan tauladan utk kita semua.)
Tgh hari tu aku sampai opis mcm biasa. Buat minuman favourite aku – Milo panas. Lepas tu aku on PC dan check mailbox aku (email). Tetiba talipon opis berdering. Selamba jer aku jawab “good morning” , walaupon jam dah menunjukan ke pukol 12 tgh hari…hehehe.
Dihujung talian terdengar suara wanita yg lemak merdu. Suara yg dah lama tak ku kedengaran buat seketika. Terkejut jugak getting a surprise call from her.
“Wati selalu jugak talipon, but Abg Zue takde.” sampuk dia apabila aku tanya mana berita dia menghilang. Oh ya! Bukan salah dia tak talipon aku. Aku memang busy selalu.
Wati seorang gadis 21 tahun yg kurang upaya. Dia tidak boleh berjalan kerana kaki nyer cacat semenjak dilahirkan. Walaupon begitu, dia mempunyai cita2 besar. Nak jadi DJ radio katanya. Memang aku tak menafikan, dia mempunyai suara yg lemak merdu. Setiap ungkapan kata2 dia jelas dan tersusun. Malahan lebih rapi dari sesetengah DJ radio yg pernah kudengar. Mungkin itu lah bakat terpendam yg ada padanya.
Dulu dia pernah mencerita kan yg dia ingin mencari teman, tapi takde org yg sudi berteman kan gadis cacat seperti nyer. Dia tidak pernah ke sekolah, malahan ‘guru’ nya sejak kecil adalah ibu, ayahnya sendiri dan radio sahaja. (Kesian kan?) Dunianya hanya dikelilingi tembok dan dinding rumah dan tak lebih dari itu. Dan teman mengadu nasib suka duka nya ada lah aku yg sekadar di talipon sahaja.
Bagi dia, aku lah satu-satu nya insan yg sudi mendengar rintihan hatinya. Walaupon, kami tak pernah bersua muka, tapi dia bersyukur kerana aku masih sudi bertemankan diri nya yg serba kekurangan itu. (Aku nie case tak kisah nyer lah. Janji kao baik, ikhlas dan jujur suah..)
But hari nie, suara nyer berlainan sikit. Agak sedih pon ader…rungsing pon ader. So, aku tanyer lah kenapa?
“Wati rasa sedih kerana lelaki suka kecewakan hati ini.” jawabnya dgn nada syahdu.
Kekadang aku rasa diri nie mcm Dr Love pulak. Bila ader problem pasal cinta, mesti orang cari aku. (Lepas nie aku rasa aku nak bukak Love Agency Pte Ltd. Rasanya customer aku pon dah cukup ramai dah.)
“Hmmm…apa sebenar nya berlaku, Wati?” pertanyaan ku kepadanya.
“Abg Zue ingat tak lelaki yg bernama Farid yg Wati katakan tempoh hari?”
“Oh ya…hehehe..Ingat..ingat. Bagaimana relationship you dgn dia?” tanyer aku berseloroh.
“Farid tu sebenar nyer hanya mempermainkan hati Wati. Dia tak serious.” Kata Wati dgn suara kecewa.
Farid ada lah seorang jejaka yg dikenali Wati menerusi phone chatline. Aku rasa perhubungan mereka baru saja menjangkau 2 bulan.
“Wati tak faham. Apakah semua lelaki bersikap sebegitu? Suka meluahkan kata-kata manis hingga mengoda perasaan & hati wanita?”
Opps! Terkedu aku mendengarnya! Ayat itu macam aku pernah dengar ek? Tapi dimana ya??
Tergamam jugak nak aku menjawabnya. “Why do you said that?” aku cover line dulu sementara mencari idea apa nak jawab.
“Adakah lelaki sememangnya pandai bermain dgn kata-kata manis? Suka memberikan harapan, tapi harapan tak pernah kesampaian.” nada dukanya semakin ketara.
Aku masih belom boleh menjawab pertanyaan dia yg pertama tadi. Idea aku terus membuntu.
Dulu aku pon pernah terkena soalan yg sama juga. Tapi, nawaitu aku tak pernah terlintas nak mengoda atau nak memberikan apa-apa harapan kepada seseorang. Aku sememangnya ikhlas dgn kata-kata ku itu, cuma kadangkala, wanita ini terlampau step emotional and always jump to conclusion. Selalu sangat misinterpret.
Apabila lelaki tu berbaik, berbual dgn kekata yg manis dan segala macam pujian, si wanita mula ingat lelaki tu dah syiok kat dia. Bila lelaki tu admit cuma nak kekawan ajer, mula dia kecewa lah, patah hati lah…gila bayang lah… frust tonggeng lah…lelaki tu tipu lah…etc.
Alam percintaan itu memang indah, sayang oii. Tapi sebenarnya, cinta itu yang merumitkan. Bukan senang nak berjaya dalam percintaan. Ianya merangkumi beberapa aspek. Perasaan, jiwa, keserasian, perwatakan, naluri (instinct) dan chemistry. ( Kalo ader masa nanti aku explain lah benda2 nie)
So, dlm case yg tertera diatas, aku menerangkan dgn Wati kenapa mungkin cintanya tak terbalas. Alhamdulillah, dia dpt menerima pendapat aku dan aku menasihatkan dia jgn menyimpan dendam pada cinta yg gagal itu.
So, aku ingat that’s all about it, tapi Wati kata ader lagi peristiwa yg berlaku selepas itu. Ketika dia asyik mengalamun cintanya yg gagal itu, dia dapat berkenalan dgn seorang lagi teman baru menerusi phone chatline lagi. Kali ini, jejaka itu bernama Sham. Sham sama seperti Farid. Sweet talker dan pandai memujuk rayu. Tetapi waktu itu, fikiran Wati masih kusut kerana terlampau memikirkan tentang kegagalan cintanya dgn Farid.
“Abg Zue, Wati ada membuat sesuatu yg kurang baik.” ujar nya. “Fikiran Wati terganggu selepas Farid memutuskan hubungan kami. Dan dalam keadaan separuh sedar, Wati ader memberi gambar-gambar diri ini dalam keadaan yg memalukan menerusi MMS kepada Sham.” Jelas Wati dgn nada kesalnya.
“Gambar yg memalukan?” Tanya aku dgn kurang pasti.
“Ya. Wati ada MMS gambar –gambar diri ini dlm keadaan yg tak berpakaian…” ujar nya lagi.
Yarabbi..mengucap aku bila terdengar. Dah apa kena ngan budak nie? Dah gila ke?
“Betul ke Wati buat demikian?” tanya ku dgn seribu pertanyaan. “Kenapa mesti jadi macam tu Wati? Kenapa mesti buat begitu? Kan tak elok?”
“Entahlah. Wati pon tak tahu. Wati tak bilang pada sesiapa…hanya dgn Abg Zue saja yg Wati beritahu. Waktu tu, fikiran Wati rungsing. Wati tak boleh terfikir apa-apa pon.” jawabnya dgn penuh sesalan. “Wati tak sedar apa yg Wati dah lakukan ketika itu.”
Aku terdiam memanjang. Of all person, kenapa ini mesti berlaku pada Wati? Dimanakah letaknya maruah seseorang wanita itu? Mengapakah ianya begitu murah sehinggakan dgn pujuk rayu ianya dpt digadaikan? Siapakah harus disalahkan dalam hal ini? Sham atau Wati sendiri?
Walaupon Sham mempunyai skill dan pandai memujuk rayu, tetapi ianya tidak bererti Wati harus melakukan apa yg disuruh. Lebih-lebih lagi jika kita dapat mengawal diri ini dan tahu dimanakah letaknya batas tatasusila kita sebagai seorang Islam…
Dimanakah letaknya harga diri kita ini?
Aku tamatkan cerita disini. Aku rasa telah cukup ianya membuat kita merenung sejenak.
Apa kesudahan cerita ini, biarlah ia menjadi rahsia antara Aku & Wati.
And the rest are history….