Beberapa minggu yg lalu, Shahrul tepon aku ajak makan kat Balestier. Kebetulan opis dia berdekatan Jalan Ampas. So, I took the chance to snap a few photos for memories sake lah.
Simpang Jalan Ampas & Balestier Road
Hari nie aku akan membawa kao orang mengimbas kembali nostalgia zaman kegemilangan Dunia Perfileman Melayu dulu-dulu...jeng..jeng..jeng..
-----------------------------------------------
Gerbang Celebrity Melayu
Gerbang Celebrity Melayu - di situ lah dulu hero & heroin dunia perfileman melayu melangkah masok lalu menempah nama mereka.
Masa aku lalu disitu, sayu jek. Yg aku nampak satu bangunan usang yg terselit dicelah-celah pohon-pohon besar dan diapit bangunan-bangunan tinggi.
Masa aku email gambar diatas tu pada Kay (Khairiah), dia ingat tu tempat mandi bangla! (Huarrrhahaha...bukan, itu ler Gerbang Celebrity Melayu - Pintu Masuk ke Studio Jalan Ampas.)
----------------------------------------------
Main ancillary building - Studio Jalan Ampas
Ingat tak kawasan nie dlm scene Seniman Bujang Lapok? Masa tu Sudin, Ajis, Ramlee baru jek sampai kat sini...nak cari kejer.
Dialogue:
Bhai Jaga: Encik Ahmad!...Encik Ahmad...! Ini 3 orang datang mahu mintak kerja. Dgn sapa dia mahu jumpa...?
En. Ahmad: Err...encik bertiga nie dtg mahu mintak kerja, ya?
Ramlee: Hehehe...ya..ya..kiter 3 org dtg mahu mintak kerja. Dgn saper kiter mahu jumpa..?
En. Ahmad: Jumpalah dgn tuan director...
Ramlee: Tuan director tu saper??
(Director Ahmad Nisfu pon keluar...)
Director Ahmad Nisfu: BODOH! BODOH!...Jadi Assistant Director pon BODOH! Ntah apa nasib kao jadi assisitant director...
Asst Director: Tapi tuan, ini lah org yg gagah, tuan...Sekali makan bolee habis 5 pinggan!!
Director Ahmad Nisfu: Kepala otak kao! Itu bukan gagah...itu gelojoh..BODOH!!!! Aik! Ini macam nak jadi Hang Tuah??..Hang Tuah pakai sepatu???...Sudah, suruh dia pulang...
(Wahahaha....lepakssss!!! Aku suka ler skript tuu...hahaha!)
Kawasan sekeliling Studio Jalan Ampas yg sayu lagi menyedihkan------------------------------------------------
Jembatan dlm citer Madu Tiga
Jembatan dlm scene Madu Tiga - Ini lagi satu tempat nostalgia.
Ingat tak masa P Ramlee lari dari dikejar ketiga-tiga madu dia? Skali dia sampai dead end pat sini. Lepas tuu dia tak bolee lalu jembatan nie pasal ada orang tolak kotak besar kat sini. (Amenda ler gie tolak benda berat tuu setengah mampos...pakai trolley tak bolee ke?)
Dialogue:
P Ramlee: Tumpang lalu sikit...
Mamat tolak kotak: Tak bole encik. Benda nie berat!
(Apalagi, P Ramlee pon terus terjun masok sungai dari jembatan nie....)
Sungei tempat P Ramlee terjun - Tapi skarang dah jadi longkang!
Hahahah! Ini lagi satu scene lepakk..Time nie P Ramlee pat dlm sungei (Tutup hidung, pegang dia nyer robe...Aik? ingat dalam!..Rupa nyer air sampai pat betis jek...)
------------------------------------------------
Apek dengan bendera (Madu Tiga)
Ok...Korang nampak tiang lampu tuu, tak? Kat situ ler Apek cangkung pegang bendera..
Dialogue:
P Ramlee: Ahh..apek, lu mari. Lu duduk sini. Kejap lagi, lu punya datok sampai...lepas tu lu jawab lu punyer soal kubur!
Apek: Oh..itu maciam kah?? Aiyahhh...Hidup pon susah..Mati pon susah...Hidup jarang senang-senang...Mati dengan bendera....
------------------------------------------------
Tepi gate nie, Bhai Jaga duduk (Seniman Bujang Lapok)
Ingat tak Bhai Jaga duduk pat sini masa citer Seniman Bujang Lapok?
Dialogue:
(Sudin tanyer sama Bhai Jaga yg duduk tepi jaga gate nie)
Sudin: Hoi!...Ini wayang gambar pusing, kah?...Ohhh..Lu pon tersampuk kah! Sudah lah Ajis, Ramlee. Orang kat sini sumer angin lahh..
Bhai Jaga: Itu cakap saja orang melayu. Itu bahasa pon tak tahu. Pangil orang "Hoi..hoi...hoi". saya ni apa? Batu ke?..Kayu ke??
(Uhhh...pedas siak tuu dialogue...!)
---------------------------------------
Tugu Kenangan
Tugu Kenangan - Kini yang tinggal hanya seribu kenangan silam. Bagiku, tempat ini begitu penting dengan kaitan sejarah rumpunan melayu seMalaya. Walaopon begitu, hati ini tersenyum seketika. Aku nampak ada tugu simbolik dari National Heritage Board (NHB) yg telah diletakan disitu, bagi mengenangkan kembali kawasan itu dan sekitaranya.
Oh, mungkin tempat nie akan dipelihara dan dibaik pulih semula ke? Isshh...kalo betol masin mulut aku nie, aku nak sangat ler buat project nie. Tak dapat jadi pelakon, dapat buat project tu pon jadilah.. ;P
"...Kalo tak jadi Hang Jebat pon tak apalah, kasi lah saya jadi Hang Kebun..."
(Semasa kami terjah masok ke kawasan nie, jari Shahrul telah tersepit kat pintu pagar tu..Adusss! Anyway, minta maaf ler kalo kami tak cukup curi gambar semasa berada di dalam kawasan Studio Jalan Ampas tuu. Ada orang lah pat dalam yg menjaga kawasan tuu..hehehe - Jangan marah!)