Wednesday, August 8, 2007

Hari ini dalam idupku

Aku dok mlm nie depan pc..termenung. Termenung aper nak dibuat dulu.

Banyak perkara harus dibereskan. Dalam kepala otak aku nie mcm2 ader. Kira RAM kat otak aku running full speed. Tak bole jadi nie, nak kena upgrade to Pentium Core Duo 2...hehe!

-------------------------------

Sampai opis tadi kol 11 pagi. Wak Din call suruh bawak troley pasal dia nak angkut monitor 19" bawak balik umah..

Lepas tuu, aku scan email lerr. Ader ler dpt citer pasal Hans Issac & Erra tuu. Ishh tak abes-abes! Sudah ler tuu. Hakikat orang bercinta per. Tuu hari aku ader letak comment jugak dlm Galaxie Blog citer pasal mereka tuu. (Click here)

Aku rasa tak payah ler nak ungkit pasal privacy dia orang ..Kesian dia orang. Asyik kena kutuk jek.

Sebelom lunch, aku kena rush buat building model for SGH Pathology Centre. Issh..Lengit seyyy! Nak turun minom air pon tak bole. Si Idris dah tercegat sebelah aku nie ajak turun bawah. Apa lagi, dgn cutter, cutting mat, ruler, drawing plan...aku angkut bawak turun bawah skali...hehehe, we call it multi-tasking deyy!!!

Lunch kat Fork & Spoon, Toa Payoh. Aku plan nak gie Standard Chartered Bank to pay bills pakai cash deposit kat HDB Hub. Sekali dah takde lagi lerr kat tingkat 3 tuu. Siot! Penat seyy cari. Merayau-rayau dari tingkat 1 ke tingkat 3, dari tingkat 3 gie tingkat 1 cari Cash Deposit Machine tuh. At last aku give up. Harapan menjadi hampa gas! Aku batal kan niat jek nak bayar kat situ lagi. Lain kali aku send pakai cheque suahh.

Si Shahrul lak kol. Dia tanyer CD lagu rock dia tu aku dah burn ke blum?? Oh! terforgot aku nak tanyer Adzam. hmm..si Adzam lak takde. Dia kena reservist, gie tangkap bangla kat Woodlands. Aku bilang Shahrul CD rock dia tu tunda lagi seminggu sampai Adzam balik.

After lunch pulak, kena set date appointment for inspection utk project kat Jln Keli. Lerr...pening sey! Daing sabo aku. Aku request suruh dia turun for inspection. Senang sikit deal ngan dia. Tak banyak songel. Skali Koh Ai Hwee lak yg reply application nie..alaa..hancuss program! Si client tu dok blur jek. Forms sumer blom submit kat aku. Dah 8 kali sms dia kasi reminder. I don't care man, aku whack submit aku nyer bill invoices dulu. At least dapat cover cash flow for this month.

Lepas tu Ivy from Nparks email mintak drawings for Stamford Green project kat Fort Canning. Mdm Wong from URA called suruh bebual ngan Senior Architect dia si Kelvin (Lembut) tuh..Dia tanyer apasal nak pecahkan tembok kat National Museum?? Arrgghh...aku busy ler!! Jgn ganggu!

Si Fendey lak email tanyer contacts kat Dubai. Dia nak cari kejer kat sana. Majok kaper dek nie? Sampai nak lari angkot anak bini gie Dubai?? -Cheh! Emo jugak jantan sorang tuu..

Ketak-ketik dah pukol 5ptg. Rita kol nak jumpa kat Starbuck. Ishh apahal lak?? Baru nak buat schedule utk besok site meeting. Aku divert office phone gie hp. Nie mesti ader hal penting nie..

Rita citer ler kisah relationship dia ngan si Husin tuu...Dia keciwa pasal harapan cinta dia tak kesampaian..Panjang lebar dia cerita kan kat aku. Sampai nak meleleh air mata, air idung dia aku tgk. Tapi aku tahu dia control jamboo takut make up basah. Kesian jugak dgr kisah dia. Banyak soalan2 yg tak dapat ku terjawab. Hanya setakat mendengar rintihan hati nyer yg luka itu.

"Why these happened to me all the time?" Rita seperti tidak dapat menerima kenyataan. I feel like S**T!"..first time seyy aku dgr Rita cakap perkataan tuu..Wahh, frust giler kaper dek nie??

"Ermm...Mungkin ader sesuatu yg tersembunyi yg tak kiter ketahui. Tuhan itu maha mengetahui. Dia tahu aper yg terbaik untuk kiter. Mungkin yg lebih baik telah disediakan utk kiter. Only time will tell..." aku cuba mententeram Rita. "You just don't give up, ok."

2 jam aku dok dgr keluhan Rita. At least, she felt ok after that. Sista dia called and she has to leave.

"If you have anything, or need someone to talk, let me know..." and we say our goodbyes.

Aku rushed balik naik office pasal ader lagi kejer terbengkalai..

"Kring...kring!" Mak aku tepon. Dia ader kat hospital tengok nenek. Aku kata jap lagi aku sampai.

"hmm..kat ofis nie. Ader kejer nak settlekan sikit. Be there in 30mins" aku jawab balik. Kol 8.15pm aku sampai Tan Tock Seng Hospital. Nurse tgk aku atas bawah. Dia kata mlm nie pon aku lagi on rounds ke?? Dia ingat aku student doctor ler! Ahahahaa!!

Tak sangka, ader tokoh jadi doktor ke aku nie? hahaha..dlm mimpi ler! Biology subject aku failed nak jadi doktor kebenda!

Nenek aku masih tenat. Tido jek. Panggil nama dia pon masih belum sedar. Kesian. Teringat dulu time aku main bola terseliuh kaki. Dia ler yg urut kaki ku sampai baik. Dulu masa mak aku pindah johor, dia ler yg bela aku kat Spore nie. Skrang lak dia terlantar kat hospital. Aku tak mampu nak lakukan aper2..Setakat memanjat kan doa yg terbaik utk nyer.

Aku cari mak aku takde lak dlm wad. Gie mana lak nie? Main semuyik2 ke ngan aku. Aku kol handphone dia. Dia ader kat tingkat 3 sedang solat. Dia cakap kalo aku nak balik, balik ler dulu..dia nak teman kan makcik ku yg ader melawat diketika itu. Aku bergegas ler balik.

Abt 10mlm baru sampai umah. Lom sempat mandi aku terus melantak nasi briyani yg aku beli kat kedai mamak tadi. Kelaparan ler..lom makan malam nie. After my shower, aku switch on PC. aku sambung buat kejer ofis lagi. Syasya was online, Si Idris pon online..Layan chat kejap.

Nisha SMS lak. Dia nak dengar suara ku kat tepon. Aku declined. I'm sorry Nisha. Suara ku tak semerdu. Aku gugup bila berkata-kata. Kalo setakat SMS ok lerr..I hope she understands.

Diam tak diam, jam dah ke pukol 2 pagi. Mata dah layu. Esok another long day for me. Have to finish up the inspection checklist then, do work planning for tomorrow...Arrgghh!! Stress seyy!

Yes, I am busy. If only I'm given 25 hours a day, I'll be the happiest person in the world!

This my life... I have to be happy with it!

Goodnytez!