Monday, August 27, 2007

Ustaz Rock

Malam nie di Singapore Expo ader ceramah agama sempena menyambut Nisfu Syaaban yang akan disampai kan oleh Ustaz Rock! Whoaa...Saper tuu??...Rock pon ader ustaz ke?? hehehe...

Tak lain dan tak bukan Ustaz Akhil Hayy yg dijemput dari Malaysia...hehe, mesti ramai minat kan?


Beliau bukan saja boleh memberi ceramah agama, but also boleh nyanyi. Nyanyi lagu rock kaper?? Dulu dia rock lerr, skarang dia berdakwah menerusi lagu.

Ketika dizaman rock 80'an dulu, dia ni memang tak asing dgn mat-mat rock sezaman ngan aku. Kepada mereka yg belom lahir lagi atau pon lagi baby time tu, mungkin you all tak kenal kumpulan D'Riyadh. Dia ler vokalis kumpulan tuu. Teringat aku tengok Muzik-muzik kat TV3 time-time aku lagi skola dulu. Aku suka sangat lagu 'Juwitaku'...fuhhhh..peeewwiiittt!!!!

Aku selitkan kat sini video zaman tuu..kao orang tengok ler sendiri zaman rock ustaz nie..

D'Riyadh - Melodi Cinta Lama

Ader juga beberapa article yg sempat aku baca tadi tentang Ustaz Akhil Hayy. Aku share ler ngan korang nie..

Quote:

"...GELARAN Ustaz Rock sudah sinonim dengan penceramah dan pendakwah Akhil Abdul Hayy yang lebih senang namanya dibunyikan sebagai 'Aqil, bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an.

Transformasi daripada kehidupan sebagai penyanyi kepada pendakwah menjadikan perjalanan kisah hidupnya menarik perhatian terutama di kalangan jemaah yang setia mengikuti setiap ceramah agama beliau.

Ia mungkin disebabkan untuk berubah kepada keadaan lebih baik bukan sesuatu yang mudah dan hanya mereka yang pernah melalui detik dipanggil 'turning point' itu dapat merasai nikmat kurniaan Ilahi..."


Read more: http://www.lagendarock.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=650&start=0

Semoga, kita juga akan diberi pertunjuk dan hidayah didalam kehidupan kita, Insya-Allah. Amin Ya Rabill'alamin.