Lagenda Rock - Amy Search
Alhamdullilah, aku kagum ler dgn kekuasaan Tuhan. Kalo Dia nak mengubah nasib hamba-Nya, maka dgn sekelip mata saja ianya akan berubah...Kun fa ya kun (Jadi, maka jadi lah..)
Semoga aku juga akan kesana kelak. Itulah saat yg ku idamkan. Insya-Allah..
---------------------------------
Amy dan Norish bersama empat saudara yang lain baru pulang daripadamengerjakan umrah di Mekah. Kemudian Amy muncul dengan anak lelakinya Xander dan menceritakan pengalamannya di Mekah.
Orang kata, rockers biasanya berjiwa keras dan kasar, tetapi itu bagi yang tidak mengenali siapa Amy secara luar dan dalamnya. Amy bukan hanya seorang rockers yang cemerlang, tetapi pancaran aura seorang ayah dan suami yang baik.
Dia bercakap dengan bahasa yang lemah lembut, hormati orang lain dan berbudi orangnya. Dalam pertemuan itu, Amy menyatakan kerinduan untuk ke Tanah Suci lagi jika diberi rezeki.
Pemberian Tuhan kepada Amy mengerjakan umrah adalah anugerah yang tidak ternilai. Meskipun beberapa kali tertangguh, akhirnya dia kembali mengadukepada Yang Maha Kuasa untuk mendapatkan peluang mengerjakan umrah pada Jun ini.
“Saya dan isteri tidak berfikir lain selain dari ibadat, sebab bukan mudah untuk datang ke sana lagi,” tegas Amy.
Katanya, mereka datang dari jauh, berpisah dengan keluarga, anak-anak untuk menziarah dan beribadat di Tanah Suci.
kata Amy lagi.
Doa di Raudah
Peluang beribadat di Raudah, yang terletak berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w. Amy sempat menitipkan doa indah. Yang dipinta sebaik pulang ke Malaysia hatinya kekal dengan kasih dan sayang,cinta yang sarat kepada kebaikan.
“Biarlah rasa cinta ini selama-lamanya. Doa saya supaya jangan tutup pintu hati kepada Allah. Jangan malas sembahyang, jangan malas buat kebaikan. Juga kepada anak-anak semoga punya masa depan yang indah,” katanya.
Rockers terkenal ini juga tidak dilupakan bagi menitipkan doakesejahteraan dan murah rezeki untuk seluruh peminat yang selamaini mengangkat dirinya ke tahap sekarang.
Sebagai penyanyi, Amy percaya apa yang dikecapi hari ini adalahdengan sokongan dan dorongan peminatnya.
“Entah mengapa ketika di sana, saya menjadi semakin sentimentalmengenangkan pengorbanan peminat-peminat selama ini,” ujarnya.Justeru selama di sana, dia tidak putus turut mendoakan semuapeminat di tanah air yang selama ini menjadi pendorong.
Biarlah mereka juga dibuka pintu rezeki untuk sama-sama ke Tanah Suci dan melakukan ibadat sebaik mungkin di sana suatu masa nanti.
Apa yang paling puas kepada Amy ialah melalui wang yang diterima hasil titik peluh menyanyi selama ini, dia diterima sebagai tetamu Allah di Tanah Suci.
Kata Amy, mungkin kerana dia rockers, ada yang menyangka dia tidakingat Tuhan. Sebab itu ada yang hairan bila mendapat tahu Amy mahuke Mekah.
“Saya sendiri pelik kenapa ada tanggapan sebegitu sedangkan kita sebagai manusia adalah sama saja,” tegas Amy.
Bagi Amy, persepsi bahawa orang seni mungkin tak ingat Tuhan adalah silap sebab apabila dia dipilih sebagai tetamu Allah, itu tuah dan rezekinya.
Menyesal tak bawa anak
Sepanjang berada di Tanah Suci, kedua- dua anak kecilnya, Xander dan Sonia dijaga oleh ibu mentua Amy. Meskipun begitu kata Norish, sesampai saja di sana, hatinya kesal kerana meninggalkan dua anak itu dan tidak membawa bersama-samanya.
Norish yang bertudung semenjak April lalu juga berhadapan dengan pelbagai pengalaman indah sepanjang di Tanah Suci.
“Melihat jemaah lain mengendong anak kecil ada yang lebih kecildaripada Sonia, saya menyesal tidak membawa mereka bersama. Lainkali kalau diizinkan lagi ke sana, insya-Allah kami akan membawa anak-anak bersama,’’ katanya.
Melihat pengalaman wanita dari negara lain yang membawa anak-anak masing-masing, Norish merasakan bukan sesuatu yang terlalu sukar untuk mereka menjaga anak sendiri sepanjang beribadat di Mekah.
Semoga Yayasan Isabella jadi realiti
Ada satu perkara yang belum menjengah menjadi realiti. Amy berhasrat semoga suatu hari nanti cita-cita untuk menubuhkan badan kebajikan atas nama Yayasan Isabella akan menjadi kenyataan.
“Itu akan menjadi komitmen saya kepada masyarakat. Kerana mereka mengangkat saya, mereka mengangkat Search sampai masanya untuk kami mengembalikan semula segala-galanya kepada mereka pula.
Saat Ku Idamkan