Cerita berikutnya adalah kesinambungan dari cerpen, "Beliau ku panggil ibu - Part 1"
----------------------------------------------------------------------------------
Keadaan suasana dimahkahmah sunyi menantikan ketua hakim memberikan keputusan.
Milah duduk berdebaran menantikan keputusan yg diharap-harapkan. Harapan beliau tidak pernah purnah untuk mengambil kembali Putri Balqis kepangkuannya. Siang malam beliau berdoa semoga apa yang diimpikan termakbul.
Manakala Salmah sedang memegang erat tangan Putri Balqis. Beliau tidak mahu berpisah dengan anak gadis itu. Anak yg telah dibela sejak bayi lagi, adalah satu-satunya permata yg tidak ternilai dalam hidupnya.
Walau bagaimana pon, hanya keputusan mahkahmah yang dapat menentukan siapakah yg harus dipanggil ibu.
Putri Balqis, sedar yg kedua-dua wanita itu adalah keramat dlm hidupnya. Tidak pernah dia termimpi yang suatu hari hidup beliau akan menjadi rebutan. Siapakah yang berhak dipanggil ibu? Milah, ibu kandung yang telah bersabung nyawa melahirkan beliau atau Salmah yang telah mendidiknya dan memelihara dgn penuh kasih sayang sebelum ini. Walau bagaimana pon, hari ini adalah penentuan. Hanya takdir yg akan menentukan segalanya.
Ketua Hakim membelek kertas putih ditangannya. Kertas yg akan menentukan nasib Putri Balqis. Keputusan yg akan merubah segalanya.
Milah memejam erat matanya yg berlinangan. Beliau berdoa semoga keputusan berpihak padanya. Manakala, Salmah memeluk Putri Balqis seerat-eratnya, seperti mungkin itulah saat terakhir mereka akan dapat bertemu.
Ketua Hakim: Setalah segala penelitian dan kajian dibuat pada setiap bukti yg dikemukakan, dengan ini, mahkahmah dengan sebulat suara, memberi hak penjagaan Putri Balqis seterusnya kepada ibu Salmah, yang telah selama ini adalah penjaga Putri Balqis yang sah.
Ketua Hakim : Keputusan mahkahmah adalah mukatamad.
Putri Balqis dan Salmah saling berdakapan dan menkucupi pipi masing-masing. Kesyukuran jelas terbayang keatas kedua-dua insan itu. Manakala Milah, terdududk hiba kerana anak yg pernah dikandungnya dulu tidak akan pulang kembali kepangkuannya.
Harapan Milah hancur berkecai. Milah sedar akan kesilapan beliau dahulu, tetapi sesalan itu tidak akan dapat menebus kembali kehilangan hak penjagaan anak kandungnya sendiri.
Begitulah berakhirnya sebuah Al-kisah yang benar-benar terjadi baru-baru ini.
Sekian terimakasih.
Oher related news:
- ICJ awards Pedra Branca's sovereignty to Singapore.
- S'pore takes Pulau Batu Puteh, Malaysia gets Middle Rocks
- Offical press release
Saturday, May 24, 2008
Cerpen : "Beliau ku panggil ibu" - Part 2
Labels:
beliau yg ku panggil ibu,
cerpen,
ICJ,
malaysia,
pedra branca,
pulau batu puteh,
singapore