Monday, May 26, 2008

A tribute to Wings








Semalam member aku kata kat Planet Hollywood KL ader konsert sempena ulang tahun ke-21 kumpulan rock teragung malaya, WINGS.

Oh, dah 21 tahun lamanya aku mengenali Wings nie. Teringat juga dulu mula-mula kali aku berjinak mendengar lagu-lagu Wings.

Waktu tu usia aku baru mencecah 14 tahun dlm tingkatan 2. Memang ler waktu itu zaman kegemilangan muzik rock. Kumpulan Search memang ler dah hebat dgn "Fantasia Bulan Madu" nya. Tapi Wings? Siapa tu? Aku tak kenal pulak...?

Soroton zaman tahun 87 dulu...

Jiran sebelah umah aku, si Hamzah, ketuk tingkap bilik. Aku lak tgh syiok layan gitar kapok yg bapak aku belikan dulu...

Hamzah : Along! Along! (nama timangan aku ler) Bukak tingkap kao kejap ahh..Aku nak tunjuk sesuatu nih..

Aku : (Bukak tingkap) Aah?..apasal?

Hamzah : Kao bukak kaset nih. (Sambil hulur kaset Belenggu Irama kat aku dari luar tingkap) Kao play skrang jugak! Aku nak kao dgr lagu "Intan Ku Kesepian".

Aku : Kumpulan aper nih? Wings?? Ahahahah! (Aku ketawa pasal nama kumpulan nie mcm tak senonoh gitu - time tu ler!)

Hamzah : Lagu dia rock siakk...Kao baik dgr skrg. Aku pinjam kao kaset nih. Mlm nanti kasi aku balik.

So, dari situ lah bermulanya aku mengenali dan membesar bersama lagu2 Wings. Kini, setelah 21 tahun kemudian, aku masih lagi tetap mendengar lagu-lagu mereka. Kerana pada setiap lagu-lagu Wings, terpalit segala sejarah pahit dan manis dalam usia remaja ku.

Biography kumpulan Wings : click here

Video klip original Wings kat TV3 (ketika tu Awie and Wings masih muda remaja lagi..hahahah)



Taman Rashidah Utama - Time tu, nie killer song, brader!

Credits :
Cover album "Belenggu Irama- Wings" disunting dari website
nie.

Videoklip "Taman Rashidah Utama" disunting dari user nie.



ps : Aku harap satu hari nanti, Awie akan buat filem kisah jatuh bangun kumpulan Wings. Dulu aku baca kisah hidup dia orang sebelum jadi popular tu sedih lerr...*sob*