Sunday, September 30, 2007

Happy Birthday, Sharina!

Today's Sharina's birthday...

Wishing her a happy birthday and all the best things in life. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan dikekalkan iman...

Salamz.

Saturday, September 29, 2007

Citer ku yg menyayat hati...

Tadi masa aku tgh sibuk kemas bilik yg macam tongkang pecah nie, aku ader terjumpa gambar senger nie time kecik2 dulu, terselit celah laci...

Gambar aku time senger dulu.


Bila aku tengok gambor ni, terkenang satu peristiwa yg sungguh menyayat hati ku..uhuk...uhuk..

Time tu aku dok umah papan kat Batu 5 Tampoi, Johor (Dekat ngan Plaza Angsana skrg). Gambor nie kat depan halaman umah aku. Korang nampak tak tangga yg tinggi kat blakang tuh..Ahhh...nie ader satu citer.

Al-Kisah, satu hari tuu aku baru balik shopping beli baju skola, beg skola, kasut skola...maklum ler, first time nak masok darjah satu. Excited giler lahh...

Apabila turun dari 'pawancah' (teksi pirate ler), aku pon grabbed ler bebarang yg abah aku beli tadi. Aku nak posing ngan member2 kat bawah tu. Aku nak tunjuk aku nyer beg skola baru, baju baru, kasut baru..hehehe. Maklom ler, time bebudak masa tuu, sumer nyer exciting.

Member2 aku tgk pon terjerlus lerr. Aku pon apalagi, makin dia orang terjerlus, makin eksyen lah aku berposing sambil turun tangga yg tinggi dgn barang yg berat.

Nak jadikan citer, time tu aku tersalah step pijak anak tangga....huhu! Lalu tergolek-golek ler aku dgn barang2 yg aku pegang tadi, dari atas tangga, terus masok dlm parit kat bawah tuu...ishh..isshh..

Alangkah malu nyer muka aku time tu. Member2 aku semua dah tergelak giler tengok aku masok parit! Hah! Padan muka...tuler, nak ngengada kan!

Apalagi, pasal nak cover malu, aku pon melalak ler sekuat hati mintak belas kasihan. Abah aku kelam-kabut turun bawah. Dia terus tarik aku kluar dari parit. Aku ingat abah aku nak save aku ke, nak pujuk aku ke..Rupanya nya tidak. Abah aku kasi satu hayunan tangan penampor direct kat muka aku lagi...

...KELEPAP!!!...Adus! berdesing telingar aku, bisa terasa kat pipi ni..

Dah ler dagu aku berdarah, kaki tangan aku luka...lepas tu kena bantai lagi dgn abah aku depan members...alaaa malu weii..! Meraung kejap aku kat situ.

Abah kater, "Tu ler, nak eksyen lagi angkut barang turun tangga. Mana kao bole bawak? Barang-barang tu kan lagi berat dari kao! Nasib baik kepala kao tak pecah..kalo tak, aku yg pecah kan!"

Betol jugak ek kata abah aku.

Bila musim skola bermula pada minggu depan nya, badan aku penoh dgn plaster yg mak aku tampal. uhuk..uhuk..sedih seyy..

ps: Abg Majid, jiran seblah umah, yg tangkap gambor aku nie. 2-3 bulan kemudian aku tak nampak dia lagi. Mak aku kater dia dah dok hospital Tampoi..apasal ek?

Friday, September 28, 2007

Dapat Pantun Raya lak...ehehehe...

Smlm Nana fwd aku email pantun raya...ahahaha
Lepaksss seyy...

Aku share ler ngan korang. Kalo baca tu, ikot loghat negeri...

----------------------------------------------------

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulan raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sardin (<--- Ader ke??)


Johor
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merata
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik keter
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(Orang kolupo jgn kocik ati!!)

Selangor / K.L.
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi wa dulu

Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase (Asal) teman selamat sampei

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang




Balas, jgn x balas...



so, aku balas mcm nie...

Amik gebor dalam gerobok
Dibentang elok atas tikor
Bulan posa mata ku ngantok
Perut keroncong terasa lapor...huhu!


ps : Aku nak cari orang Pahang yg pandai masak rendang sardin tuu...

Bual kosong...Part 3






Spidey : Selamat pagi superfrnz...Nah, ini ferry nyer schedule.



I think if the best time to go is at 2.45pm. So we all head down to Harbourfront straight after work. Then if sempat solat we need to purchase the tix first (or representative-Jun a.k.a Catwoman, if u dont mind to become one) then tthe guys cabut pi solat Jumat. Abis jer rush back just in time nak fly off. Any comments?


Catwoman : i tak pernah beli ferry tix but i don't mind to buy for u guys. i finish work @1pm. just give me the details which ferry to book etc etc. need passport to book the tix isnt it?



Spidey : Well simple, 1st we have to pass u the passport (dats y we need to meet at Harbourfront. Then just go to the wavemaster Counter. Tell them to Batu Ampar (actually they specialise in Batu Ampar only) at time say 2.45pm. Give her all the passport, then she settled the rest. @person is $34/- (2-way). We have give you cash coz payment by cash only. Then all settled. Usually we have to board 10 mins before departure. So check in time for scanning and all is 1/2hr. if solat finish at 2pm we still have time.


Catwoman : okie, got it. shouldnt be any pblm for me.


Spidey : So we go as plan okay. we meet at Harbourfront kedai Cheers lah. senang sikit


(By the time you read this, kami sedang dalam pelayaran ke Pulau Batam untuk ketemu kenalan kami dari Indonesia, Adi a.k.a G.I.Joe, disana. Tamat.)




Adi a.k.a. G.I.Joe - minus the senapang

Disturbing Act...

Masa aku tgh clear email box tadi, ader ler seseorang yg meng'forward' kan cerita ini pada ku. entah betol ke tidak, aku tak tahu. Pasal aku takde kat Wangsa Maju pada waktu tersebut. Anw, aku cuma ingin berkongsi pada korang semua supaya menjadikan nyer satu iktibar..

--------------------------------------------------------------------

Quoted from the email:

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap
segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas.

Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya
tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.

Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajuny a dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat.

Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat,tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana
ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!

-----------------------------------------------------------------

Ini pendapat aku:

Memang tidak boleh dinafikan bahawa orang2 kafirun sentiasa ingin menjatuh kan umat Islam dgn Pelbagai cara dan helah. Baik secara kekerasan atau dgn cara yg licik. Kekadang kiter sendiri tidak sedar bahawa diri kiter ini telah diperalatkan oleh orang2 kafir utk menjatuhkan agama kiter sendiri.

Lihat saja disekeliling kiter. Lihat saja media masa, media cetak, propaganda2 yg sengaja diperbesar-besarkan. Isu Islam kini menjadi taboo. Bahkan ada yg memomok-momokan dan menjijikan agama suci ini tanpa dibela. Alhamdullilah, umat Islam kini lebih sedar bahawa mereka lah mangsa yg sebenar-benarnya. We ARE the victims, NOT the perpetrators.

"Provoke, trigger unrest and blame the brand of Islam and the Muslims." Itu sudah menjadi agenda dan fomula kafirun.

Kiter sebagai umat Islam sedar yg kiter sentiasa diperhatikan oleh dunia. Kerana itu, kiter harus lebih bersikap rasional dan bertindak mengikut fikiran dan kewarasan. Usah menjadikan perasaan kiter pula yg mengawal emosi ini. Janganlah kiter bertindak tanpa berfikir tentang aper yg akan terjadi kelak. Bahkan, tindakkan kiter akan membawa lebih keburukan dari kebaikan.

Merujuk kembali cerita yg tertera di atas tu, saya kurang setuju dgn tindakan pemuda 'cashier' yg menggunakan kekerasan demi utk menegakkan Islam.

'Criminal force' will not resolve 'criminal intimidation'.

Apa yg seharusya dilakukan, ialah utk menghubungi pegawai atasan atau melibatkan pengawal keselamatan bertugas utk tindakan selanjutnya. Perkara ini pula harus dilaporkan kpd pihak polis dan jabatan agama utk siasatan selanjutnya. Saya pecaya bahawa insiden ini akan dipandang serius dan dibawa ketengah jika semua terlibat itu berkerjasama menjalanakan kewajipan masing2 tanpa menggunakan kekerasan.

Yg mendukacitakan sekali, pemuda melayu itu akan diheretkan ke mahkamah jika didapati bersalah kerana kekerasan yg dilakukan. Jika kita peka dgn garis pandu mahkamah, seseorang itu akan didapati bersalah jika bukti2 yg dilampirkan itu cukup. Dalam hal ini, pemuda melayu itu nampak lebih bersalah kerana mempunyai bukti menggunakan kekerasan, tetapi tidak pula pada lelaki cina tersebut. Bukti baju yg dipakai itu senang dihapuskan dan beliau boleh menafikan memakai pakaian tersebut.

So, the conclusion is, not to be just too happy with the action. Be aware of the protocols or you will end up in the hot soup yourself.

Semoga, nasib pemuda melayu itu dapat dibela dgn seadil-adilnya kelak.

Syasha baru email aku tadi...

Hah! Baru jap dapat email dari Syasha. Dia kata citer Kerana Cintaku Saerah dilakonkan di Taiping, Perak.

---------------------------------------------------------------------------

Email dari Syasha tadi kol 12.10mlm :

hi..jiwang gak dia ni ek...
lama xchat dgn u..
bz ek
i skrg dah nk final after raya...cuak gle
erm....cite saerah tu kat my hometown la..taiping...cantik x padi2 n sawah2 kat blkg tu?

---------------------------------------------------------------------------

Issshhh...cantik ler tempat tu...! Kepingin lak nak gie sana...

Thursday, September 27, 2007

Episod 7 - Lakonan watak Jibek POWER!


Hehehehe....baru jer abes tgk Episod 7.

Kini citer tu berkisah 12 tahun kemudian. Popularity si Eira mula menurun. Wartawan mula mengorek rahsia kehidupan lampau Eira. dia mula merindui anaknya, Yaya dan ibu nya dikampong.

Walopon Yaya bukan anak Jibek, tetapi kasih sayang sebagai seorang ayah tidak pernah berbelah bagi. Malahan dia tidak pernah menghasut Yaya utk membenci ibunya.

Episod akan datang Eirah akan diketemukan dgn Datuk Z. Nantikan sambungan selanjutnya pada hari Rabu akan datang. (Tak sabar aku nak tengok...)

Pada sesiapa yg tak dapat saluran TV3 tuh, gie ler subscribe Cable TV. Ataupon, gie kedai apek kat bawah tu beli jer ariel kecik dan cocok blakang TV anda. Adjust2 sikit, mesti dapat saluran TV3.

Kalo tak pon, gie Youtube. Ader orang dah upload sampai Episod 5...hehhee. Terimakasih pada orang tu...

Bual kosong...Part 2



SpongeBob : Halloo....aku dah check rate kat tempat aku nie...Rp580. Amcm ok tak?

Spidey : Ishhh..tempat aku lagi tinggi....Rp605!

SpongeBob : Rp605??!!! WowW!....Bagus nyer. Tinggi rate tu...

Spidey : Kalo tak, kao gie ler survey tempat lain dulu..mana tahu ader yang lagi tinggi...

SpongeBob : Alaa....maleh ler aku nak rounding chk rate...Rp605 is ok ler tuu...

Spidey : Kalo ok, then nanti aku tukar kan...

SpongeBob : Ok, kao nak aku transfer $$ skrang tak.??

Spidey : Tak yah ler dulu. Pakai duit aku jer nie...Nanti kao bayor balik.

SpongeBob : Yg lain cenna? Sonyap jek? On ke tidak...?

Spidey : Nanti aku try call yg lain tuh...


To be continued....

Wednesday, September 26, 2007

Kerana Cintaku Saerah


Perrggghhh....POWER ahh citer nie...!!!

Aku baru jerr abes tengok citer nie pat TV3 tadi. The storyline is good. Gandingan pelakonnya begitu mantap. Especially si Benji and si Noor (minah melatah tu)..hehehe..Watak spastic yg mereka lakonkan tu amat hidup skali..

Yg menambahkan lagi ummph, is the soundtrack - Seribu Tahun (Kerana Cintaku Saerah) nyanyian penyanyi dari Singapura, Imran Ajmain...bole tangkap leleh dahh...

Aku tak sangka si Imran nie rupanya kawan si Idris masa kat army camp dulu. Well, it's a small world afterall.

Hampir meleleh air mata aku tadi *sob* nengok si Benji lafaz akad nikad depan Umi Aidah masa dia nak tinggalkan laki dan baby dia tuhh..sungguh tak berhati perot nyer manusia...! Ciss!...

Kenapa citer nie sedih sangat ahh??? Buat ler citer kumbang terbang ke, ikan mas ke...tak bole?

So, aku recommend ler gie tengok citer nie kat you all sumer. Setiap Rabu & Khamis, @10.30pm di TV3.

Seribu Tahun - Kerana Cintaku Saerah

Selera Ramadhan - Laksa Johor

Salam bahagia dan salam ceria kepada sumer yg sedang menjalani ibadah posa.

Hari ini saya akan berkongsi resepi lagi bersama anda...anda...anda. Walopon asal-usul saya dari negeri Johor, tapi saya tak pernah cuba nak buat Laksa Johor. Apatah lagi nak memakannya...hehehe.

Tapi demi utk perot ku yg dah lapar, marilah kiter sesama mencuba resepi yg tak pernah saya cuba nih..


Laksa Johor

Bahan-Bahan:

Bahan A
200 g spagetti
10 ml minyak masak
1 sd kecil garam halus
1 liter air

Bahan B
300 g isi ikan tenggiri/makeral
1 liter air

Bahan C
5 ulas bawang merah (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
10 g udang kering (tumbuk halus)
3 cm halia (tumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cm lengkuas (ditumbuk halus)
3 sudu serbuk kari
1 tangkai kulit kayu manis
1 sudu kerisik
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga lawang
2 cawan santan kelapa
20 ml minyak masak
2 keping asam gelugor
1 liter air
garam secukup rasa

Bahan D
2 tangkai daun kesum (dihiris halus)
1 biji timun (dihiris halus)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji telur rebus (dipotong dua)
½ biji nenas (dihiris halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)

Bahan E
5 tangkai cili merah
5 cm belacan (dibakar)
5 biji limau nipis (dipotong dua)

Rebus bahan A sehingga spagetti lembut sepenuhnya, ditoskan airnya dan diketepikan.

Rebus bahan B sehingga ikan masak dan blender halus isi ikan tersebut. Simpan air rebusan ikan tadi.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serai, lengkuas dan sebuk kari. Setelah naik bau, masukkan air, air rebusan ikan, isi ikan yang telah diblender dan didihkan. Kemudian masukkan santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau di atas api sederhana sehingga kuah mendidih dan pekat.

Sediakan bahan D dan susun cantik-cantik dalam bekas yang berasingan.

Tumbuk belacan yang telah dibakar bersama cili merah hingga halus. Letak belacan dan cili tumbuk di dalam bekas bersama-sama limau nipis yang telah dipotong.

Ambil pinggan sederhana besar (pinggan kecik tak bole, mangkok hayun pon tak boleh, ek), letakkan spagetti, tuang kuah laksa, tabur bahan D dan letakkan sesudu sambal belacan serta picit 1 ulas limau nipis di atasnya.

Dah sedia untuk dimakan....yum..yum..

Selamat mencuba, ya!

Bual kosong...Part 1


Spidey : ok...lepas buka kita dangdut................yahooo............

SpongeBob : Kao nak tukar duit ek? Aku nak tukar rupiah ler…kalo aku bawak $300 cukup tak?

Spidey : ko nak buka ngan kiter ker atau ngan semua penduduk Batam?

SpongeBob : Ohh…terlebih ek??...heh! Maklom ler…dah lama tak gie batam..

Spidey : i think $50 is more than enuf. That is abt RP300,000 ( ni harga kita 5 org makan-restaurant)

SpongeBob : Ok duit ferry brapa? Kao nak tukar duit tak?

Spidey : $ ferry (two way) $34/- tax included. If you can get S$100 equal or more than Rp 6000 than chnage for me $50. Try to change above 100 so u can get more. anything lower they give you less.


To be continued...


Tuesday, September 25, 2007

Pantun di Bulan Posa...Pantun ultraman nihh

Pepagi dapat email lucu nie..hahaha!
Org bikin pantun nie mesti tgh lapar nie...

Arrigato....

PANTUN JEPUN


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.



ehemm... camne rasa
membazir tak masa?

HAHAHAHAAHHAHHAHHA! !!!

Sunday, September 23, 2007

Wall paintings

Today, I'm totally exhausted!

Doing house painting has never been my favourite chore...and it will neber be!

First, you need to choose the colour. In other words, colours to suit the room. Here are some tips I'm gonna share with you.

Having some colour charts will help to get your colours coordination right

  1. Choose the right colour for the room. Smaller rooms should be painted with bright colours.
  2. Make sure the room furnitures match the colours chosen. (Colours of your sofa, tv rack, cabinets, etc)
  3. Just like your furniture designs, your room concept also plays an important part. (Contemporary, Modern Zen, etc.)
  4. Paint during daytime, when you are able to see the true colours. Not at nights, where room lights may affect the actual colours seen.
  5. Each stroke of the brush tells a story. So, don't rush when painting.

I personally chose Earth colours, this time round. It's gonna be Braken Brown. It'll go with my baju kurongs! Hahaha...

Half way thru the job...

Sometimes, you need to be super daring to explore with colours. If not, you'll end up with that same dull old colours and you will never notice any difference to your room. Wasted isn't need?

If you think you are not good at choosing colours, consult the professionals. Or else, you'll end up with a mess!

Lastly, get all the essential equipments ready and be focused! I bet, its gonna be a hard, hard day! :-P

Happy painting!

Friday, September 21, 2007

Puasa dipetang hari ini...

Mata aku dah tak bole angkat lagi dahhh....

Rasa mcm nak aku tergolek jek kat lantai nie. Tekak aku kering nie...arrgghh...perot ku mula berkeroncong lelebih lagi melihat bubor yg aku ambil tadi kat masjid.

Semangat ku lemah jer...so, selalunya kalo hari-hari posa ku mcm nie, aku akan buat sesuatu..

Aku akan nyanyi-nyanyi lagu nie...


Confirm semangat berposa aku kembali pulih selepas itu...

Buka Posa kat VivoCity...

Semalam aku break record tak gie solat terawih...tsk..tsk..tsk!
Si Spidey emailed ajak gie buka posa kat Vivocity...

Hi All, dont forget today's superfrenz meeting for break fast at vivocity. For those who is not sure it is at 3rd level Food Court (Food Republic) If im not mistaken its has got a chinese theme interior. Eileen, below is the ads.
Please be there latest 7pm (break fast start at 7.03pm.)I try finish work by 5.30pm(if i can) so apprx i should be there abt 45mins. For those who cant be there on time, we just meet u all at the above.

See ya!
Spiderman

So kiter gie makan kat Food Republic @ Vivocity. Kita makan Javanese cuisine...whoooaa...ader 50% discount lagik..




Perrggghhh....punya ler POWER! Enak banget! And the 50% discount offer ends today (21 Sep 2007).

Initially, we planned to swam Geylang or Beach Road for the meet up. But Spidey proposed Vivo for a change. Apelagi lerr, aku pon celah dari ofis at 4.30pm and headed straight to Vivo.

Arrived at destination 30mins later. Sementara tunggu yg lain tu, aku recce ler shopping mall yg besau gedabak tu sorang2. Tapi best ler, weekdays takde orang sangat. Walao bagaimanapon, kedai yg paling aku favourite skali is Page One (Bookstore). 1 jam kat situ belek-belek buku..



Vivocity roof terrace - Takde orang..best!


Exterior of Food Republic at 3rd level





Food Republic entrance


Datin Ruby kol aku at 6.00pm. She and Catwoman dah sampai 'chope' tempat. Was told heavy crowd to be expected.

1st time ler aku jejak kaki kat Food Republic tuu. Before this, aku pusing2 kat luar jek. That time takde makanan halal until today. I didn't expect the interior was so fabulous. The food court was brilliantly finished using recycled wood materials. Macam suasana kampong lerr..cantik sungguh!

Old pieces of wooden planks, windows, doors were fitted to create the old kampong ambience. Really like that place...As I looked closer into the interior details, wonder how it could bypast Fire Safety requirements? Its 70%-80% made of wooden materials lerr.


Recycle materials used for the interiors


Suasana kampong di Vivo


Jam menunjukan ke pukol 6.30pm. Spidey tepon he's on his way with Eileen. Dato' Razak tepon yg dia dlm kesesatan. Yg hadir skarang cuma Datin Ruby a.k.a Wonder Woman, Catwoman and aku lerr...The que was super long at that moment. Aku harus bertindak mengikot strategy. (Strategy orang lapar)...


Menu yg disediakan...ahhh..sungguh menyelerakan....yum..yum!

Masa begitu penting pada waktu itu. So, aku grabbed the menu list first to choose the dishes. Manusia kian ramai mengerumuni warong itu.

"Kita harus bertindak cepat!" aku berkata pada Datin Ruby. "Kalo tidak, makanan kiter nanti abes!"

"Apakah harus kita lakukan , SpongeBob?" Datin Ruby eksyen blurr sikit.

"Macam biasa ler, you kena transform jadi Wonder Woman utk menyelamat kan makanan2 yg ader itu dari abes di kebas orang!" sambil aku mengaru punggung aku kerana bontot aku gatal.

Dgn secepat kilat Datin Ruby berpusing bertukar menjadi Wonder Woman...woohooo..!!

Wonder Woman dan Spongebob berlari deras menuju ke warong demi utk menyelamatkan makanan2 yg ader.


Manusia2 telah kerumun terlebih dahulu

Tanpa berlengah, aku dan Wonder Woman menyelit dicelah kesesakan manusia. Hanya satu agenda kita...selamat kan seberapa banyak lauk pauk disitu...itu lah sumpah kami kpd pertiwi..cheyyy


Wajah2 manusia yg kelaparan...

Aku terus bertindak mingikut arus barisan. Wonder Woman terselit kat blakang aku..

"You kira brapa kita nak order..dari tadi i lost count jek!" aku minta bantuan side-kick aku kerana aku lupa who's ordering what!

Makkoo...40mins seyy aku line up! Jenuh lutut aku nih...Apek kat depan aku kata tadi dari lapar sampai dah tak lapar lagii pasal line up lama sangat. Eh, apek nie. Mengalahkan org yg posa lak..melebih seyy.

Aku tersenyum dan berkata pada apek, "Jgn takot, apek. Lu tak mati kempunan. Kalo lu mati pon, lu mati pasal banyak sangat makan." Apek pon senyum...senyum pasal dia tak dgr apa aku katakan. Aku berkata-kata dlm hati tadi...hehehe


Ketika gambar ini dipetik, air liur aku sedang meleleh panjang...cheh!

Akhirnya, tepat pada pukol 7.10min, makanan kami telah selamat di order. Walopon, terlambat nak berbuka, tapi aku merasa puas kerana telah berjaya mendapat kan makanan kurang dari 1 jam...


Nasi Urap

Aku makan Nasi Urap...ader ikan berladoh..sedap. But, aku rasa Nasi Ranggi yg Datin Ruby order tu nampak lagi sedap...Gado-gado pon sedap...kira sumer sedap ler kalo dah lapar..


Eileen yg dok sebelah aku makan Soto Jawa. Walaopon dia tak posa, tapi selera dia macam 3 hari tak makan...wahahaha!


Spidey bersama Nasi Rames nya yg tercinta..ishh..tgk mulotnya tuhh..



Dato' Razak dan isteri yg tercinta, Jun a.k.a Catwoman bersantapkan Nasi Ayam Cobek..ader bubor mesjid lagik tuh..



Datin Ruby yang baru jer bersalin dari pakaian Wonder Woman tadi...dia sedang sms mother base menyatakan bahawa situasi terkawal.

-----------------------------------------------------------------------


Kira abes santap kol 8.30pm. Oleh kerana air-con kat dlm tu sejukkkk sangat, kiter pon beredar luar. Kita dok melepak kat roof terrace. Datin Ruby nak tgk laut. Dia rindu ferry gie Batam.

Ketika kami leka kira ferry kat laut tuh...tetiba, Catwoman dan Datin Ruby bawak surprise! Wahhh....ader birthday cake....woohooo..

Ohhh...nak sambut birthday September babies rupa nyer...hehehee...Awww...i'm so touched.



Birthday cake yg disponsor oleh Catwoman and Datin Ruby utk September babies - Eileen, Dato' Razak, Spidey dan aku...nampak ader 4 candles kat situ.


Apalagi dgn penoh semangat muhibbah kami menyanyikan lagu Happy Birthday utk diri kami sendiri...hehehe....dan aku akhirnya dpt jugak tiup lilin...


Aku yg baru saja melangsaikan upacara tiup lilin dgn penoh gaya dan jaya nya...eeewwwahhh!

Aku ingin merakam setinggi-tinggi terimakasih yg tidak terperi kpd rakan-rakan ku sekalian kerana sudi mengingati hari jadi ku...



Aku dapat SpongeBob Boxer short from Spidey...thank yooouuu



ahh...got another Liverpool jersey the other day...now I just need another Red one to complete my collections.


September Babies - The Virgos : (From left) Eileen, Spidey, Dato' Razak and Me..

Appreciate all your thoughts and gestures. Sincerely hope this memories will last forever. From the bottom of my heart, thank you to all my friends..*sob*

I hope you guys enjoyed the treat. Goodnite wherever you are...

Thursday, September 20, 2007

Berpantun sambil bersahur....

Awal pagi tadi aku terkejut pasal orang kasi aku pantun...

Pantun??

Ye, pantun...pantun waktu sahur....hahaha!!

Pantun munyik mcm nie..

Penggemar sardin setiap hari,
Spongebob macho menjadi idaman,
Happy go lucky tidak terperi,
mohdzuraini insan budiman...huhuhu

Syasha: Pantun ni special i wat tuk u....hope u suka ek!

Alalalalalaaa....Of course, suka lah...terimakacih ler kerana sudi berpantun utk saya yg kedinginan di pagi2 nie...thank yoooooooouuu =)

ps: Syasha, rayo nanti pulang mana? Perak ke, dok Putrajaya??

Gambar membawa keinsafan di bulan mulia nie...

Aku dapat email dari sorang teman...
Spidey : Zue....is that you!!!


Aku : Hahaha!!!...Gosh! Always tot SpongeBob isn't real.

ps : Wak baru kol, ajak jumpa kat masjid...nak amik bubor!

Wednesday, September 19, 2007

...And this bangla loves me!

HAH! And I have nothing to say bout this...



Tuesday, September 18, 2007

Tinggal secebis kenangan

Ketika dulu, aku menoleh
Wajah-wajah mu kelihatan disekelilingku

Sunyuman riang mu, ramah bicara mu, usikan mu
menghiasi sudut-sudut hidup ku

Masih ku imbas, kita duduk bersantai
Tiada apa yg menjadi batasan kita

Sentuhan manja mu, gerak laku mu, cerita mitos mu,
Sentiasa menghiburi diri kecil ini

Kini, apabila aku menoleh lagi
Wajah-wajah itu semua telah hilang dari mata

Bila masa berlalu, tanpa ku sedari,
Insan-insan itu pergi tepat pada masanya

Keriangan ku dulu, kini menjadi kosong
Suara bicara mu, tiba-tiba sepi

Aku kais mencari dikau, tapi yang ku temu
Hanyalah secebis kenangan dalam ingatan


ps : Al-fatiha utk Allahyarham Abg Sani yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Ramadhan 1428h. Salam takziah untuk keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Monday, September 17, 2007

Crime Prevention - Public Awareness

Ok, just sharing some updates here if you guyz happened to do your Hari Raya shopping at Orchard. Be safe, not sorry. (err..tu Traffic Police nyer slogan kan? Salah ek?)

----------------------------------------------------------------------



CRIME PREVENTION - A SHARED RESPONSIBILITY

These cases were committed between 2:00 pm and 9:00 pm during weekends. In all these cases, female victims holding handphones were targeted.
The culprit would approach the victim suddenlly from the front or rear, and snatch her handphone away.

The description of the culprit is as follows:
- Male / 30 years old
- Tanned complexion
- Slightly plump
- Last seen wearing T-shirt, blue jeans and carrying a blue and black backpack

lf you have any information to help us solve any of the cases or wish to report any
suspicious person(s) loitering around our neighbourhood, please do not hesitate to contact
Orchard Neighbourhood Police Centre at 1800-735 9999 or dial 999

Nak baju koboi!...Nak baju koboi!....

Woohooo...ader org tu dah shopping baju raya seyy..!

Nisha kater dia baru balik geylang shopping baju raya. (Nah, baca blog dia). Aik? Posa blom seminggu, baju raya dah bertepek! Issh..sempat ke pakai baju raya tu sumer? Silap tido pon pakai baju raya..hehehe

Makin tua nie, aku rasa mcm malas jek nak raya. Baju aku tempah pon sekadar nak tukar yg lama tuu. Tahun lepas kaler maroon, tahun nie kaler hijau and kaler coklat. Baru jek amik kat butik Sabree kat Plaza Kotaraya minggu lepas. Motif aku tahun nie nak kaler mesra alam...mcm real jek!

Yg seronok time raya masa aku kanak2 dulu. Mesti die-die mintak parents aku 3 pasang baju baru..1 baju melayu, 2 baju omputih! hahaha! Kesian parents aku dulu. Kekadang dia org baju pon tak berganti...takpelah, tahun nie aku dah belikan baju utk mereka pon..

Isshh..tapi ader ler skali tu aku raya pakai baju kemeja siap pakai tali leher lagi. Makooo! Tersembuh atok nenek aku nampak cucu dia pakai mcm tu..Aku kater fesyen terkini ler. HAH! tak logik sungguh. Time tu umur aku baru 8 tahun dahh..

But kenapa time dulu aku tak teringat nak mintak baju koboi ek? Huh! mesti gamat lerr kalo dulu aku pakai baju koboi gie sembahyang raya...woohooo. Satu estate mesti cakap aku nie mcm hero. Kembang semangkuk ler aku time tu. Mesti ader bebudak yg jerlus nampak aku berbaju koboi, topi koboi, sluar yankee siap bawak pistol lagi...heyahheyahheyah

Rodeo Boy berhari raya...yeeeharr!

But, zaman tu sumer dah berlalu. Biarlah aku kongsi cerita nie utk anak cucu aku nanti. Supaya mereka tergelak dan jgn ikot jejak aku.

Dan kpd Nisha, cukup ler baju2 yg ader tu. Takot tak muat almari awak tuu...and you beli 3 helai tudung yg sama kaler nak buat per, ek??

ps: MSN and skype aku tak berfungsi lagii....fed-up seyy!

Saturday, September 15, 2007

Selera Ramadhan - Mee TomYam


Hari nie aku nak jadi chef. So, sempena bulan posa nie, aku nak kongsi ler sikit resepi ngan korang...Selera ku hari ini is - Mee TomYam..hehehe!

Bahan-Bahan:

bawang besar
bawang putih
cili giling
ayam/sotong/daging
kicap manis
fish ball
sos cili
sos tiram
kicap pekat
sawi,taugeh,tomato
telur

Memula panaskan minyak, then tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling. cili digiling kemudian masukkan sos cili,sos tiram, kicap pekat, kicap manis kemudian masukkan ayam/daging/sotong.

Masukkan sedikit air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak. Kemudian masukkan secubit gula (secubit ajer tau! Jgn cubit banyak2) dan masukkan mee serta sayur-sayuran. Supaya tidak layu sayur itu, masukkan time last2 part.

Kacau hingga sebati dan pecahkan telur. Jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan...yum..yum

Selamat mencuba ya!

Thursday, September 13, 2007

Alhamdulillah, ku harungi hari ini dgn sempurna

Syukur. Hari pertama puasa aku ok jer.

Masih steady lagi nie... Cuma I tot pagi tadi kol 7.45am aku dah start mabuk. Rasa mcm melayang jek..Rumah aku mcm bergoyang. Aku ingat symptom org berpuasa...hahaha! Rupanya, memang betol rumah aku yg bergoyang..akibat tremors dari gempabumi di Sumatra yg sekuat 8.5 scala richter.

Fuhh...dahsyat! Tingkap, pintu, lampu dgn aku2 skali bergegar. Panic jugak seyy..Rumah aku tingkat paling tinggi nie..Aku pon jgk luar tingkap ler to see kalo ader org terjun kebawah ke, haper ke..Nasib baik takde!

News menyatakan keadaan begini akan berterusan sekali-sekala utk 1-2 minggu akan dtg...Woohooo...hari2 ler bergoyang aku kat sini!

Hari nie terasa amat letih skali...esp time terawih tadi. Nasib baik imam hari nie baca surah yg pendek2 jer..tak macam smlm. Yelah, dia pon understand per hari nie 1st day posa. Sumer mesti rasa lethargic kan? Tak kan nak dragging...hehehe...mcm real jek aku nie! Kena sepak ngan imam baru tahu...

So, dah masok Ramadhan mlm kedua nie. Semoga aku diberi tenaga dan semangat utk meneruskan ibadah2 seterusnya and also utk semua muslimin & muslimat sekalian yg sama2 menjalani ibadah posa. Amin.

ps: Alaaa...malas lak nak gie gosok baju lerrr..ishh..ishhh..

Selamat Menyambut Ramadhan



Mata ke kadang salah melihat.... Mulut ke kadang salah berucap.... Hati ke kadang salah menduga..... Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

MARHABAN YAA RAMADHAN

Assalaamu'alaikum wr.wb..

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah, Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan. Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini. Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf lahir dan bathin.... Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim, Marhaban Ya Ramadhan Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wassalamu'alaikum Wr Wb,
------------------------------------------------
Something to share....
6 persiapan sambut kedatangan Ramadan
Oleh Prof Madya Maznah Daud

RAMADAN yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun lalu kinibertandanglagi. Kita yang beriman dan yakin pada janji Allah menanti kehadiran bulan penuh berkat ini dengan pelbagai perasaan.

Seronok dan bimbang. Seronok kerana diberi peluang berjumpa dan beramaldengan bulan yang penuh berkat. Bimbang kerana kurang yakin ibadatmaksimum akan dapat dilaksanakan. Risau, takut amal tidak membuahkan takwa yang diharapkan.

Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadan bukan lagi satu rahsia.Allah sudah memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarahdalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya kitab suci paling agung. Kitab yang diturunkan khusus untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar.

Ramadan juga mencatat sejarah gemilang kemenangan golongan yang membawapanji kebenaran ke atas golongan mustakbirin yang mempunyai kekuatanmaterial tiga kali ganda dalam Ghazwah Badar al-Kubra.

Ketibaan bulan mulia penuh sejarah ini sewajarnya disambut dan diraikandengan acara gilang-gemilang. Oleh itu, ketibaannya perlu disambutdengan beberapa persediaan yang cukup selain mengikhlaskan pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Esa.

Ketibaan sekali lagi Ramadan, untuk kita memperbetulkan diri,meningkatkan iman dan mempersiapkan kekuatan serta bekalan. Seperti doa diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Apabila Rasulullah SAW melihat anak bulan Rejab,Baginda membaca bermaksud: "Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadan." (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad)

Betapa besar kurniaan Allah kepada kita pada Ramadan, di mana Rasulullah SAW sudah mengajarkan kita berdoa supaya kita dihidupkan hingga sampai Ramadan, supaya bulan itu dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang hamba yang patuh kepada-Nya.
Bagi pejuang spiritual, peluang mengecapi Ramadan sememangnyaditunggu-tunggu. Apabila tamat Ramadan tahun lepas, kita iringipemergiannya dengan tangisan penuh ketakwaan dan air mata keinsafan.

Bulan itu bukan sekadar nikmat, tetapi penuh ujian serta peluang melipat gandakan amal dakwah mendekatkan kita pada jalan Allah. Persediaan dan perancangan perlu dilakukan untuk memaksimumkan segala peluang pada Ramadan ini.

Kita maklum, sebarang amal kebajikan yang dilakukan akan diberi balasanberganda. Martabat pahalanya lebih tinggi jika ia dilakukan padaRamadan. Sunat diberikan pahala wajib, yang wajib digandakan dengan gandaan berdasar keredaan kurniaan Allah.

Ketika Ramadan menjelang, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Wahaimanusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardu pada bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar iaitu bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka." (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)

Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah:
Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kitadikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.

Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.

Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud,mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.

Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah danzakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.

Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan,tadabbur, tadarrus al-Quran.

Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji sepertisabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifatmazmumah,sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.

Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untukmencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkanamalan sunat pada Ramadan.

Penulis ialah penasihat syariah Wanita JIM dan boleh dihubungi di emel,wanitajim0@yahoo.com

----------------------------------------------------------------------------

ANDAI INI YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu
bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN "

ps : To all my peeps and strangers who happened to visit this humble blog of mine, I wish u all a blessed month of Ramadhan...

Blessed and be blessed!

Monday, September 10, 2007

More birthday wishes...

Alaaa...timakasih ler u all. Thank yoooOOOuuu so much!

Ader yg antar sajak lagi memalam tuu..huhu!

To Sya : Thks for the sajak ek. Sungguh terharu skali. Minta maaf ler kalo me tak sempat nak balas sajak awak tuu...heheheee..

This is Sya, undergraduate dari UniTen, kat Pahang tuu. Cita-cita nak jadi accountant! Wooohooo....hari-har bole kira nombor...Tak sangka, accountant pon pandai buat sajak lerr..Kalo dah graduate nanti, tolong me file my coporate tax ek...Kalo bole me nak elak cukai..huhu!

Sajak dari Sya:

Ku tulis namamu di awan...tp..
Di hembus angin

Ku tulis namamu di pantai...tp..
Dipukul ombak

Ku tulis namamu dihati..agar..
Kekal sebagai sahabatku...

Hepy besday my pren. hehe da besar ye kwn aku sorg ni...


ps : Thank you, Sya....that's very sweet of you.

-------------------------------------------------------------------------

Ader juga yg last-last minute kasi ucapan tu hari....

Nisha : OMG! TODAY'S UR BDAY? Lemme b d last person to wish u...HAPPY BIRTHDAY, ***** ONE... ;-) bsok check letterbox! ada jetplane...

Cynthia : Happy birthday, my friend!

Rose : Zue, apsal tak bilang awal2? Jom kiter gie makan...me blanja. You bawak perut jek!

Kiwek : Oiit! Lu dah tua...Hhahaha...Happy Birthday! Biler lagii..??

Geez! thks everyone! I'm soo touched from all the well wishes. I hope you guys have a great day ahead!

Thank you all!

Sunday, September 9, 2007

Terimakasih, Mak...

Pagi tadi aku rasa sungguh terharu. Lepas balik dari sarapan ngan keluarga aku, mak aku kasi surprise. Dia beli kan aku birthday cake! Huaarrgghhhh.....so touching one!
Aku : Tapi mak, mana candle nyer? Saya nak tiup lilin? Dah lama tak tiup lilin nie...hehhehe
Mak : Umur kao tu dah tua sangat...Nyonya kater, lilin tak cukup! Nanti mak carikan lilin kaler merah (Lilin cina semayang) cucuk kat kek kao...tiup ler puas2 pastu.
Lawak mak aku selamber jek...

Birthday cake yg mak aku beli

Bagiku hari ini seperti hari-hari yang biasa. Nothing special sangat, cuma umur aku menjangkau setahun lebih dewasa. Aku tak pernah impikan apa2 celebration. Cukup doa utk kesejahteraan diriku, kerjaya ku, kesihatan ku dan rezki ku...Tapi pagi tadi, hampir meleleh air mata ku. Sungguh tak terkata. I'm very moved!

Terimakasih mak, kerana telah melahirkan aku kedunia ini. Terimakasih mak, kerana telah membesarkan aku, mendidik aku, hantar aku gie sekolah, tunggu aku kat skolah, amik aku pulang dari skolah, masak kan aku, basuh baju aku, buat milo utk aku...kalo aku nak elaborate jasa-jasa mak, aku rasa tak cukup tulis dlm blog nie. Nak kena tulis dlm buku biography...huhu.

Walao apa pon, semoga Tuhan akan membalas balik pengorbanan mak aku dari dulu hingga skrang. Jasa mak, tak termampu nak aku balas walaopon dgn wang ringgit. Terimaksih sekali lagi mak ...*sob*

Also not forgetting to those who had sent their wishes to me..

Spidey: Hepi bday in advance from batam :-)

Aku reply: Thk u, spidey. Whoaa..gie batam tak ajak aku?? Enjoy sorang kaper...hahahah!!!

Dato' Razak & wife : Dear sahabat, wishing you happy birthday. May you hv a healthy and wealthy life ahead of you in both materials and spiritual. Amin.

Aku reply: Thk u for the well wishes. I h0pe it also brings good things to you and family too. =)

Elisha : Happy birthday, Mohd Zuraini! I wish you happiness, success in every your begginning and still staying so cool person! Greetings from my friends, too - Martina, Ivelina, Patricia and Maria! Have a nice day : ))))))"

Aku reply: Hi there! How did you know its my birthday? =) thks to you guys! I'm deeply touched with your well wishes! thank you very much! My best wishes to you guys! Send my regards to ur friends too...Martina, Ivelina, Patricia Maria. =D

Anida : Selamat Hari Lahir. Semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam menjadi muslim yang berhemah kerana nilai diri seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya.

Aku reply: Oh...terimakasih! Saya sungguh terharu dgn kekata itu. =)Semoga kita sama-sama mendapat syafa'at tersebut..Amin.

Adik aku : Bro, me hampir lupa ur birthday! Selamat hari tua!

Aku reply : Aper lak tua? Baru jer 21 tahun nie..hehehehe...thk u!

Dan juga kepada lain yg telah hantar aku e-greeting cards, yg tepon pada tepat kol 12mlm, fazlee, ungku, RedzOne, asyhik, zalee, ruth, alam-maya, mail botak, tutuk, beautifool pwincess, derek, manjalara.

Timakasih kerana mengingati diriku ini....Awwww, you ppl so sweet! Luv, ya!

Dan hari ini aku celebrate birthday aku dgn mencuci toilet! Syahduu....

Thursday, September 6, 2007

Penat tahap cipan

Baru jek balik dari Johor nie..penat sangat beb!

Kalo tak kerana urusan keluarga, memang malas aku nak drive jauh2. Nasib baik cuaca elok, tak ujan. Singgah kejap umah kat jb tu. Lepas tu gie kat kedai blakang cari goreng pisang, kopok lekor, kuih 'jolok-jolok', cendol...woohoo! Cuaca panas mcm nie, pekena lak cendol...perrghhh...tiada kata yg dpt mengambarkan kenikmatan nya.

Tapi cendol yg amat ku favourite skali yg kat alor gajah tuu..fuhh, tak bole angkat! Kalo korang nak tahu kat mana, yg depan musuem kat roundabout alor gajah tuu. Ader satu stall kecik kat carpark depan road tu. Every year raya, aku tak pernah miss ler cendol kat situ. Aku rasa minaci tu pon dah kenal muka musiman aku nie...hehehe

Actually, aku takde mood sangat nak blog hari nie. Maklumlah, aku masih berkabung keatas pemergian arwah nenek aku. So, mood tgh sedih ler.

Aku cuma nak ucapkan terimakasih kpd kekawan, sedara mara yg sempat memberi ucapan takziah kepada ku dan keluarga ku tempoh hari. Baik menerusi sms, email, dan yg sempat hadir pada hari itu juga. sorry ler, kalo aku tak terlayan pasal perasaan aku sangat sedih. Kata-kata kamu sekalian cukup memberi perangsang dan semangat pada diri ini utk meneruskan kehidupan....terimakasih guyz! *sob*

Dan tak lupa juga kepada 'Spidey' dan 'Bob the builder' yg telah menyambut hari lahir mereka pada 4 & 5 Sept respectively. Minta maaf ler kalo aku tak dpt sambut ngan korang seperti tahun-tahun yg lalu...Nanti ader masa kiter kumpol geng kiter sumer & rilex one korner and potong kek.

Ok lerr..aku dah penat tahap cipan nie. Mata dah layu nak bobok. Mana anak patung spongebob aku nie....saper dah kebas??

huaarrggghhhhh....!

Sunday, September 2, 2007

Al-fateha

Seperti baru semalam berlalu
Masih ku terdengar suara mu
Setiap subuh membaca kalimah-kalimah Allah
Bertahun kau harungi derita
Namun engkau tetap redha dgn ketentuan Nya.

Masih ku terbayang suara mu memanggil kami
Membelai kami dengan kasih dan sayang
Kasih seorang nenek kepada cucu-cucunya
Yang sentiasa sabar dengan karenah-karenah kami

Nenek, kini kau telah pergi
Pergi menyahut seruan Nya
Pergi kau untuk selamannya
Hanya kenangan menjadi kekal abadi

Perpisahan kita ini untuk sementara
Kita akan bersua juga di satu hari nanti
Di satu tempat yang lebih cantik dan indah
Dan kami semua akan bertemu disitu nanti

Ya, Allah ampunkan segala dosanya
Terimalah segala amalan dan sedekahnya
Berilah rahmat dan kasih simpati keatasnya
Dan mencucuri keatas roh nya ...Amin.

Innalillahiwa inna lillahirojiun

Selamat tinggal nenek..

Nenek ku yg tercinta, Hajah Masamah Bte Haji Omar, telah kembali ke rahmatullah dinihari tadi. Semoga Allah mencucuri rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Al-fateha...